BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 01, 2006

Ingatkan Tak Jemm...!


Tahun ni KJ berhari raya di rumah emak di Ampang dan mungkin tahun depan dan tahun depan dan tahun2 akan datang.... kerana kedua2 mentua dah takda dikampung tapi wife nak balik jugak ( masih ada abang ipar kat kmpg) so kita decide nak balik hari. Lepas sembahyang raya dan menziarah kubur arwah bapa kami bertolak dari Ampang jam 11.00am, di fikiran berkata 2 jam sampai ler kat kampung. Tapi andaian itu meleset selepas masuk jer highway Sg Besi dah nampak kenderaan banyak menghala ke selatan. So the stress started from Bangi untill exit Alor Gajah. Aduh..... stress bangat!

First gi rumah abang ipar di Felda Jelai, jalan menuju ke Gemas. Lepas zohor kekampung Nyalas @ Dallas kmpg wife eden. Petang tu hujan lebat sempat gi ziarah 3 buah rumah saudara saja. Last sekali gi rumah pak saudara, pada mulanya nak balik jam 6.00pm tapi hujan lebat sangat so tunggu punya tunggu last2 balik lepas magrib. Petang tu kepala ada pening skit mungkin sebab makan banyak sangat rendang daging ( baru teringat BP ) so malam tu tawakal supaya pening kepala tak mendatangkan site effect.

Ingatkan malam tu tak ler jem tapi jem jugak.....mula ler stress tapi masih dalam kawalan. Alhamdullih sampai jugak akhirnya setelah 3 jam perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang dari 2 jam. Malam tu masuk jer pintu rumah terus collapes......!

0 comments: