BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 16, 2007

Hari ni puasa tapi....


Hari ni terbuka hati untuk puasa bersama mem sempena bulan rejab. Jam 4.30am dah bangun untuk bersahur, lauk malam tadi ada lagi so cuma buat air panas jer. Ingatkan nak buat teh susu tapi susunya elek takda dah habis, yang disangkakn tin susu rupa2 tin tomato puree so teh-o pun teh-o lah...

Pagi ni kilang kelibut skit sebab lepas sahur terlelap and terlajak so lewat skit bangun. Selalu jam 7.00am dah keluar rumah, tadi 7.10 baru keluar Syafiq dah bising every morning kena hantar dia dulu sebab jalan ke sekolah dia sehaluan.

Today, every monday ada morning talk. Exec akan buat briefing tentang isu2 semasa dan sebelum tu semua staff kena nyanyi lagu kristal. Tujuan dinyanyikan lagu ini adalah untuk meniup semangat kerja dan setiakawan diantara staff tapi ada orang kata alangkah eloknya dimulakan dengan doa selamat atau apa2 doa sebelum kita memulakan kerja supaya kita mendapat berkat dan hidayah pada setiap waktu kita berkerja.

Selesai jer morning adalah seorang insan ini yang baik hati dengan membawa dua ikat buah rambutan dan dijamukan kepada semua staff. Bila semua staff mengambil seorang sedikit dan akhirnya tinggallah ada beberapa biji lagi diatas meja. Memang yang ditinggalkan adalah untuk kami dua orang lagi tanpa banyak soal saya pun makan sebiji dan bila nak telan sebiji lagi baru teringat bahawasanya saya sedang perpuasa dan maka diluahkan apa yang ada kat ruang mulut tu....puit puit diluahkannya....,yang sebiji kat dalam perut kira selamatlah dan ada seorang kawan ni dia perasan so dia kata.... takpa tak sengaja puasa kena diteruskan jugak..:-))

Tghari tadi terasa senak perut, insyaallah semoga tidak berlarutan hingga ke petang kerana kita ada sejarah pernah kena diserang gastrik dibulan puasa yang lalu.

0 comments: