BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 01, 2007

Belajar memasak...



Hari sabtu lepas S61 kerana dah boring makan lauk kat kedai and disebabkan mem kerja so S61 decide nak masak....masak? Nak masak apa? So cari ler buku resepi and selak dari satu muka kesatu muka yang lain last2 jumpa resepi gulai kari ayam dan sambal udang. Gi kedai beli apa2 yang patut... First thing kena buang kulit bawang..mak aii meleleh mata gua... Lepas tu guna blender nak kasi blend jadi hancur tapi tak hancur sangat, sebab apa tak tahu lepas tu guna plak lesung batu nak bagi lumat skit. Oh ya yang jadi pembantu chef ialah Syira. Dia tolong bab cuci2 dan kemas2..Ok dipendekkan crita selepas semua dimasak mengikut apa yang tercatit didalam resepi tadi mak terhasillah dua jenis masakan yang buat pertama kalinya S61 buat. Nak tahu lintang pukang jugak ler kat dapur tu nasib baik syira ada...

Bila tiba nak makan, ada yang dah tegur...." wah sedap bau ni ayah masak ke? " kata Afiq. S61 kata "bau je sedap tapi rasa tak tahu lagi", S61 rasa ada yang terkurang ni, nampak macam tak jadik jer. So yang makan bersama tghari tu adalah 3+1 (anak+ayah) , well nampaknya budak2 makan bertambah so rumusannya masakan 2 resepi tu menjadi cuma ada pekat skit kuah gulai tu tapi takpa nanti lain kali kita bolih adjust.....EEkkk alhamdulillah kenyung jugak..:-))

0 comments: