BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 27, 2008

Kenduri...




Cuti sekolah last week pada hari sabtu kita buat kenduri tahlil dan sambut hari lahir Syira yg ke 10. Dua hari sebelum tu ambil cuti kos nak kemas2 rumah yang penuh dgn junky things yang masih belum diasingkan utk dibuang. Bersihkan bilik bawah dan bilik atas kos tau2 sajalah yang dijemputnya semua saudara terdekat adik beradik je dan jemputan jiran2 disitu. Kang ada yg masuk kebilik nak tumpang itu dan ini kalu ditenguknya berselerak tak bestlah kan...Kenduri lepas zuhur dan makanan utk tetamu disediakan olih emak kita sendiri... Zaharah Catering yg beroperasi di Gerai Selera DBKL, Jalan Duta.


Selepas zuhur ramai saudara yang datang tapi jiran2 kurang so rasa2 kita dah jemput semuanya. Saperti biasa iman surau datang dulu dan masa dah kul 2.30pm so kita decided utk mulakan tahlil. Semasa bacaan tahlil berjalan seorang demi seorang muncul dan alhamdullillah jiran2 yang dijemput almost semuanya hadir. Rupa2nya mereka terlewat sebab pagi tu ada gotong-royong bersihkan kawasan taman "Kempen Anti Aedes/Denggi" sampai ke tghari and ada disediakan makan tghari lauk kari kepala ikan lak tu...wau bestnya. kita pagi tu tunjuk muka je lepas tu terpaksa ke pasar beli keperluan utk memasak dan hantar ke gerai emak. Bila semuanya dah kekenyangan itu yang buat jiran2 tadi tertidur keletihan selepas aktiviti pagi tu... walau bagaimana pun ucapan terima kasih kepada jiran2 dalam kepenatan masih sudi datang kemajlis kita. Suasana kejiranan saperti ini lah yang perlu digalakkan olih setiap individu disesebuah taman perumahan.


Pukul 4.30pm acara utk harijadi Syira pulak diadakan dengan suasana riuh rendah kawan2nya sambil menyanyikan lagu happy birthday 2 u... petang tu hujan, nasib baik jugak kos kita sewa kemah 20x20 besar tu...sebab yang kecik dah habis itu pun last minit baru decide nak pakai kemah kos sebelum ni asyik hujan aje. Around 6pm semua nya dah selesai. Makanan memang saja dibuat lebih supaya sedara-mara dapat bawak balik sikit sorang. Kita rasa untuk kenduri tahlil kali rasa penat sikit sebab sebelum ni cuma jemput jiran tetangga je but kali ni sedara dari Johor pun datang tapi sebelah my wife ler...adik beradik dia je 9 orang and plus anak2 buah lagi...wah gamat sehh dgn budak2 berlari2 kesana kemari...tapi seronok dapat berkumpul beramai2 begini..meriah sekali, ini baru kenduri tahlil...kalu kenduri kahwin camna yekk...? sure penin lalat.






0 comments: