BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 22, 2009

Year End Sales @ YES..

To me its not the year end sales but the year end semput...coz y...? Akhir tahun banyak mengunakan duit, budak2 nak masuk sekolah. Selalu budak2 ni bukan nya nak pakai baju lama alasan...baju dah singkat, dah kotor, dah koyak dan macam2 excuses. Next month abangnya masuk kolej balik smbg sem 2 so kena duit lagi. Cukai pintu tak bayar lagi...! Walaupun budak2 sekolah sekarang dapat buku pinjaman tapi buku exercise dan buku rampaian kena beli jugak almost > rm100 n utk 2 orang anak yg bersekolah semua kena beli double n kalau anak ramai, lagi pening mak bapak lain ler parents dia ada ribuan RM...yg kita ni gaji basic nampak banyak tapi potongan gaji dah smpai 50%. Hemm... memang semput dibuat nya...!

Monday, October 05, 2009

Raya..!

Salam raya dari warga KL...Dah hari ke-17 syawal baru nak update crite raya. Dah basi woih..tapi takpe saja2 nak kasi update jugak. Tahun ni raya di kampung Ampang yg tak srupa di kampung yg ada halaman yg luas dan ada pohon buah2an, ada bunga2an dan ada jugak pokok kelapa yang melambai2 seakan2 mempelawa kedatangan warga kota ke desa setiap datangnya hari raya. Gua raya ni kena standby smpai raya ke-3, tak bolih keluar daerah so raya ke-4 baru bolih nak raya.
Raya tahun ni ada satu event yang besar berlaku...iaitu gua menjadi wakil ketua meminang untuk anak buah gua dengan orang Pendang Kedah. Ini 1st xperiance gua so memang gelabah skit...banyak percakapan yang tersasul dan tak berapa lancar. Sebelum kami bertolak kesana awal2 dah inform pihak sana supaya buat serba ringkas tak payah nak berpantun2 atau berkias bahasa. "Kami datang dengan hayat....terus direct to the point, tak smpai 1/2 jam semua dah selesai...alhamdulillah".
Leaps tu kami ke Jitra, mem nak jumpa kawan lama dia kat sana...jenuh jugak ler nak cari tempat dia then gi Alok Stark. Dah sampai bandar so kalu tak naik TM Tower Alor Setar kira kaluit lar dah ler staff TM free cuma budak2 kena bayak 1/2 harga.
Nak habaq main sebelum kami ke Kedah kami transit dulu kat rumah adik di Ipoh. Kami berada di Utara 3 hari 2 malam. Hari nak balik KL kami singgah di rumah saudara di Kuala Kangsar kat bukit Chandan iaitu kediaman orang2 kenamaan & kerabat diraya Perak. Tapi saudara gua cuma orang biasa2 saja cuma bapa saudara gua pernah berkerja dengan kerabat diraja dan olih kerana telah berkhidmat disana lama, dia diberi sebidang tanah dikawasan elite itu. So itu jer lah crite gua buat raya ni...

Friday, September 04, 2009

Baju Melayu...


Haruskah kita berbaju baru setiap kali tibanya hari raya...? Bagiku baju baru tidak menjadi keutamaan bagiku tapi bagi anak2ku semestinya mereka impikan baju raya yang serba baru.

Yang pastinya ibunya yang sibuk untuk menguruskan apakah warna dan corak pakaian bagi tahun ini. Selalunya pilihan warna seharusnya...sedondon satu famili, baju melayu & baju kurung.

Tiap2 tahun bertukar warna dan bagi diriku baju lama masih bolih diguna pakai lagi tapi mereka tetap nak tukar juga...so tahun ini warna baju melayuku berwarna BIRU...!

Wednesday, September 02, 2009

Tak bersahur..


Hari ni 1st day tak sahur, bukan taknak bangun sahur tapi terlena smpaikan bunyi alarm pun tak dengar. Sorang pun taknak bangun untuk kejutkan. Ini lah padahnya kalau semua urusan terletak diatas bahu patik. Punya semangat malam tadi lepas solat tarawih terus ke dapur untuk siapkan masakan ayam kurma. Jam 11.45pm semuanya siap...hemm baunya memang bau kurma...takkan bau kari kot..! So smpai kesubuh baru terjaga, so tak merasa makan ayam kurma gua...hopefully balik kang bolih panaskan balik. Frust lerr jugak...ingatkan ada yang bolih bangun tolong kejutkan...hemmmm...hampeh!

Friday, July 24, 2009

13 Roses...


Hari ni gaji...so awal2 lagi buat kira2...

Kira punya kira masih tak bolih nak bernafas...

Asyik sesak nafas jer...

Duit kawan tak bayor lagi...

Dia kata takpe bulan depan bolih bayor dengan bunga skali..!

Wednesday, July 22, 2009

Really broke...


Broke bukan beruk k...

minggu ni minggu yg paling dasyat dalam sejarah kewangan beta...

Gua penin kepala memikirkannya...

gua jadik kompius...gua jadik gelabah...

gua panik tahap gaban...gua tak tentu arah...

gua jadik pendiam...gua hantuk kepala pada dindin...

gua dah hampir muflis...

tapi ada kawan gua jadik penyelamat...

dia bantu gua dalam keadaan terdesak...

gua rasa tak patut gua minta pertolongan dari dia...

tapi gua sudah kehilangan punca...

dalam kotak pikiran gua cuma ada dia...

malupun malulah tapi gua nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih gua pada sidia yang baik hati...

kerana dia telah menghidupkan jiwa ini dari terus tengelam dari arus ekonomi kehidupan yang penuh dengan dugaan kewangan semoga sahabatku itu dikurniakan rezeki yang melimpah dan kehidupan yang mewah dan dapat membantu insan2 yang lain saperti gua...

gua respek lu my fren...fren 4ever...!

Wednesday, August 27, 2008

Kenduri...




Cuti sekolah last week pada hari sabtu kita buat kenduri tahlil dan sambut hari lahir Syira yg ke 10. Dua hari sebelum tu ambil cuti kos nak kemas2 rumah yang penuh dgn junky things yang masih belum diasingkan utk dibuang. Bersihkan bilik bawah dan bilik atas kos tau2 sajalah yang dijemputnya semua saudara terdekat adik beradik je dan jemputan jiran2 disitu. Kang ada yg masuk kebilik nak tumpang itu dan ini kalu ditenguknya berselerak tak bestlah kan...Kenduri lepas zuhur dan makanan utk tetamu disediakan olih emak kita sendiri... Zaharah Catering yg beroperasi di Gerai Selera DBKL, Jalan Duta.


Selepas zuhur ramai saudara yang datang tapi jiran2 kurang so rasa2 kita dah jemput semuanya. Saperti biasa iman surau datang dulu dan masa dah kul 2.30pm so kita decided utk mulakan tahlil. Semasa bacaan tahlil berjalan seorang demi seorang muncul dan alhamdullillah jiran2 yang dijemput almost semuanya hadir. Rupa2nya mereka terlewat sebab pagi tu ada gotong-royong bersihkan kawasan taman "Kempen Anti Aedes/Denggi" sampai ke tghari and ada disediakan makan tghari lauk kari kepala ikan lak tu...wau bestnya. kita pagi tu tunjuk muka je lepas tu terpaksa ke pasar beli keperluan utk memasak dan hantar ke gerai emak. Bila semuanya dah kekenyangan itu yang buat jiran2 tadi tertidur keletihan selepas aktiviti pagi tu... walau bagaimana pun ucapan terima kasih kepada jiran2 dalam kepenatan masih sudi datang kemajlis kita. Suasana kejiranan saperti ini lah yang perlu digalakkan olih setiap individu disesebuah taman perumahan.


Pukul 4.30pm acara utk harijadi Syira pulak diadakan dengan suasana riuh rendah kawan2nya sambil menyanyikan lagu happy birthday 2 u... petang tu hujan, nasib baik jugak kos kita sewa kemah 20x20 besar tu...sebab yang kecik dah habis itu pun last minit baru decide nak pakai kemah kos sebelum ni asyik hujan aje. Around 6pm semua nya dah selesai. Makanan memang saja dibuat lebih supaya sedara-mara dapat bawak balik sikit sorang. Kita rasa untuk kenduri tahlil kali rasa penat sikit sebab sebelum ni cuma jemput jiran tetangga je but kali ni sedara dari Johor pun datang tapi sebelah my wife ler...adik beradik dia je 9 orang and plus anak2 buah lagi...wah gamat sehh dgn budak2 berlari2 kesana kemari...tapi seronok dapat berkumpul beramai2 begini..meriah sekali, ini baru kenduri tahlil...kalu kenduri kahwin camna yekk...? sure penin lalat.