Scorpion@KalaJengking@KJ. Dah berhari-hari duk pikiaq nak guna apa sebagai tanda nama ringkas so last-last KJ...bolih kot. Sebab apa KalaJengking...sebabnya translation dari scorpion "laa camtu jer". Habis lagu mana lagi cuba hang bagi tau kat chek....Kalau PulutBakar jadi PB so kita pun nak tiru la gaya dia. KJ selalu tau intai blog PB and yang bestnya PB tak kenaipun sapa KJ sebab KJ guna nicname lain. Nak tau nicname nya tapi jangan bagi tau PB.....Tapi ada juga yang last-last PB dapat tau jugak dia kata ada firasat maksirat...kantoi. Nama2 yang pernah digunakan ialah FelixAF3, Medic, 2pai-2pai,CT,Blogout dan... banyak tu... Maaf ye PB bukan apa saja gatai tapi KJ tak pernah guna bahasa2 yang tak elok dalam blog PB ye ke tak??? Dan KJ jugak suka melawat blog kawan2 PB semua best2 belaka. KJ minat membaca blog sewaktu kawan KJ membuka blognya sendiri dan dari situ KJ menjadi pembaca blog yang setia tapi tak pernah bukak blog sendiri sebab tak gerti nak memblog. Rasanya bukak blog senang tapi isi kandungannya entah apa2. Akhirnya dengan dorongan dan tunjuk ajar dari sahabat KJ dunia akhirat terbentuklah blog yang tak seberapa ini bak kata orang putih "if you dont try you will never know" Thanks again my friend. Bye c u....
Friday, September 29, 2006
My Initial - KJ @ KalaJengking
Posted by Scorpion61 at 12:25 AM 0 comments
Wednesday, September 27, 2006
Tidur jangan tak tidur....
Mungkin beginilah keadaan anak2 kita yang baru nak belajar berpuasa bangun untuk bersahur.... depan makanan pun bolih terlelap. Itu adalah satu2 detik kenangan yang pernah berlaku pada anak2 kita. Sekarang depa dah besak tapi payah jugak nak kejut, masih liat liut bila nak bangun sahur. Adakah anda semua tidur selepas sahur, Kita rasa kebanyakkan kita akan tidur selepas sahur kerana mungkin bangun awal seawal 4 pagi so bolihlah lelap sejam dua lagi sebelum subuh, iyatak? Kita sememangnya akan tidur selepas sahur tapi lewat 2 hari ni mata tak bolih lelap so berjagalah sampai ke pagi sambil buatlah apa2 yang patut. Ada rasa kelainan jika kita terus berjaga so ikut suka hati masing2lah... Tapi yang tak bestnya bila sampai opis mengantuklah pulak....terkuap-kuap last2 depan PC pun bolih terlelap....dugaan. Bye c u...
Posted by Scorpion61 at 10:01 PM 0 comments
Tuesday, September 26, 2006
Hilang sabar kerana traffik jem...
Kesabaranku tergugat sewaktu aku pulang dari kerja. Sepatutnya dibulan yang mulia ini aku akan lebih bersabar dan tenang menghadapi apa-apa rintangan dan dugaan bak kata P.Ramlee dalam cerita Pendekar Bujang Lapuk " cubaan...cubaan...cubaan " Sepatutnya aku pulang tepat jam 5 tapi lewat sikit jer 15 minit so agak2 jam 6 bolih sampai rumah. Masuk jer MMR2 dari Tmn Maluri ku lihat jalan agak perlahan, selalu nya tidak begitu so dalam pemikiranku mungkin sampai Ampang Point jalan ok kot tapi lain macam pulak hari ini. Telingga duk dengar kot2 ada cerita dari radio ERA berkenaan jem yang teruk ini tapi informasi yang dapat jalan2 lain termasuklah kawasan kawan gua Puchong, Sg Buluh, LDP dan........so berenjut-enjut ler kita sepanjang jalan. Diwaktu beginilah kekadang kita bolih jadi gila, contohnya gua akan melalak bukan menyanyi, bercakap sendiri dan mungkin memaki keadaan diwaktu itu. Sametime bolih jadi 10sen dan hilang tumpuan memandu...Alkisahnya jem teruk tadi disebabkan olih lori trailler rosak selepas Tmn Melati. Aduh....dan terkeluarlah perkataan...tak guna punya trailler kalau nak rosakpun cari ler waktu lain, ini waktu orang nak balik koje...aaa bila marah mula nak cakap peraq ler pulak. Bila sampai dikawasan taman, singgah dulu dipasar ramadan jam dah 6.45 so kena cepat 15 minit capai jer apa yang nak makan utk berbuka nanti, sebab main capai jer tak sedar dah belanja >rm20 then sampai rumah tinggal 10 more minit to bukak puasa time. Get ready everything on the table and ask the children to sit by the table and get ready to eat. Well.... atlast i just make it in time....hectic hectic hectic kalau macam ni ler taip2 hari mau pengsan dibuat nya!!! Bye c u....
Posted by Scorpion61 at 8:02 PM 0 comments
Monday, September 25, 2006
Lot Blog Ku
Posted by Scorpion61 at 8:08 PM 0 comments