BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 21, 2008

Lama menyepi...



Blogku sudah menjadi rumah spider web...Last entry bulan 11 tahun lalu. Entah kenapa samada aku ketandusan idea atau aku memang malas untuk menaip blog ku ini. Kalau nak dikatakan takda cerita tetapi memang banyak perkara yang berlaku keatasku dan juga persekiranku. Ah.. banyaknya alasan, alasan yang tidak relevan. Blogku ini tiada agenda kursus pada sesuatu subjek dan blogku ini tiada veriaty dan tidak menarik sebab itu aku bosan melihat blogku sendiri. Tidak saperti blog temanku PB, blog dia amat menarik dan senantiasa menarik perhatianku dan aku akan senantiasa menunggu blognya tiap2 hari.

Kemalasanku untuk menaip blog ini bukanlah faktor utama tetapi kerana tugasanku diopis yang

kadang2nya kerja didalam dan adakalanya diluar maka kosentrasiku untuk berkarya amat terbatas...cewah macam ler terer nak menulis...lainlah macam sastrawan Osman Awang dan A.Samad Said, kehidupan mereka penuh dengan alam penulisan. Aku hanya sekadar mencatitkan apa yang berlaku padaku dan pandanganku pada sesuatu isu yang bolih dikongsikan bersama untuk tatapan umum.

Sewaktu aku menaip coretan crita kosong ini keadaan diluar hujan lebat ya amat dan kedengaran guruh berdentum dentam membelah kesunyian bilik opisku ini. Aku baru saya balik dari kerja diluar dan disebabkan hujan aku terpaksa duduk diopis kerana pekerjaanku tidak mengizinkanku berkerja ketika hujan....lalu aku mengunakan masa ini untuk memblog kerana blog ini hampir2 berkubur, so waktu ini aku memberi blogku udara supaya ia dapat bernafas kembali dimasa2 akan datang.

Ada banyak cerita yang hendakku ceritakan tapi aku masih curiga dengan diriku ini. Haruskah aku luahkan segala apa yang berlaku pada diriku dan persekitaranku atau perlu ada filter supaya ia tidak menyinggung pihak2 tertentu. Blogku ini kalau tak salah aku, aku cuma ada satu

orang pengunjung sahaja dan blogku ini juga diilhamkan olih dia dan aku menulis blog ini atas

dorongannya. Aku bukan menulis blog ini kerana terpaksa kerana dizaman persekolahanku aku telah biasa menulis aktiviti harianku didalam diari dan didalam era IT sudah ada dairi maya maka tidak salah kalau aku mengunakan blog sebagai medium meluahkan perasaan dan mencatatkan peristiwa2 penting mahupun kenangan2 hidupku didalam blog ini...

Hujan diluar nampak dah reda so adalah baik aku berhenti disini dulu jika ada kelapangan masa akanku coretkan lagi cerita2 kosong ini semoga tiada yang bosan untuk membacanya.

Adios mochachos...