BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 27, 2008

Kenduri...




Cuti sekolah last week pada hari sabtu kita buat kenduri tahlil dan sambut hari lahir Syira yg ke 10. Dua hari sebelum tu ambil cuti kos nak kemas2 rumah yang penuh dgn junky things yang masih belum diasingkan utk dibuang. Bersihkan bilik bawah dan bilik atas kos tau2 sajalah yang dijemputnya semua saudara terdekat adik beradik je dan jemputan jiran2 disitu. Kang ada yg masuk kebilik nak tumpang itu dan ini kalu ditenguknya berselerak tak bestlah kan...Kenduri lepas zuhur dan makanan utk tetamu disediakan olih emak kita sendiri... Zaharah Catering yg beroperasi di Gerai Selera DBKL, Jalan Duta.


Selepas zuhur ramai saudara yang datang tapi jiran2 kurang so rasa2 kita dah jemput semuanya. Saperti biasa iman surau datang dulu dan masa dah kul 2.30pm so kita decided utk mulakan tahlil. Semasa bacaan tahlil berjalan seorang demi seorang muncul dan alhamdullillah jiran2 yang dijemput almost semuanya hadir. Rupa2nya mereka terlewat sebab pagi tu ada gotong-royong bersihkan kawasan taman "Kempen Anti Aedes/Denggi" sampai ke tghari and ada disediakan makan tghari lauk kari kepala ikan lak tu...wau bestnya. kita pagi tu tunjuk muka je lepas tu terpaksa ke pasar beli keperluan utk memasak dan hantar ke gerai emak. Bila semuanya dah kekenyangan itu yang buat jiran2 tadi tertidur keletihan selepas aktiviti pagi tu... walau bagaimana pun ucapan terima kasih kepada jiran2 dalam kepenatan masih sudi datang kemajlis kita. Suasana kejiranan saperti ini lah yang perlu digalakkan olih setiap individu disesebuah taman perumahan.


Pukul 4.30pm acara utk harijadi Syira pulak diadakan dengan suasana riuh rendah kawan2nya sambil menyanyikan lagu happy birthday 2 u... petang tu hujan, nasib baik jugak kos kita sewa kemah 20x20 besar tu...sebab yang kecik dah habis itu pun last minit baru decide nak pakai kemah kos sebelum ni asyik hujan aje. Around 6pm semua nya dah selesai. Makanan memang saja dibuat lebih supaya sedara-mara dapat bawak balik sikit sorang. Kita rasa untuk kenduri tahlil kali rasa penat sikit sebab sebelum ni cuma jemput jiran tetangga je but kali ni sedara dari Johor pun datang tapi sebelah my wife ler...adik beradik dia je 9 orang and plus anak2 buah lagi...wah gamat sehh dgn budak2 berlari2 kesana kemari...tapi seronok dapat berkumpul beramai2 begini..meriah sekali, ini baru kenduri tahlil...kalu kenduri kahwin camna yekk...? sure penin lalat.






Friday, August 08, 2008

ISO - Inter.Stupid.Org...


Hari rabu lepas bahgian kami kena iso internal audit. Punya ler klebang klebut dibuatnya, pagi tu semua pemegang QP macam lipas kudung nak kena final touch-up. Semua staff rasa macam tak complete aje file masing2, ada yang tertinggal nak masukkan document2 yang related dgn QP lah, ada yang Boss belum sign lagi lah dan macam2 lagi yang missing last2 minit. Ada ketika bila kira punya kira semua file QP tup tup 2 file lagi takda...bila check ada dalam bilik member yang kebetulan MC pulak hari tu so apa lagi jadi Mac Gayver bukak pintu bilik dia guna kad memandu.

Berangkat ler kita orang macam gi rombongan meminang ke TM brickfield. Bila sampai kat sana, kita dah lewat 30 minit nasib baik bahagian lain masuk dulu. Punyanya lah gabra dengan kita punya Exec pun barulah nak tanya itu dan ini. Last week sepatutnya dia yg buat crosscheck, ini tidak... di lepasnya anak2 buah dia pandai2 sendiri. Kita dah sepakat biar dia yang do the talking kita cuma bawa file jer...memang nampak dia berpeluh menjawab soalan bertubi2 dari IA tu...

Yang lagi tak bestnya kita punya bahagian kena audit last sekali, ada sampai tertidur kat situ...boring2 dan membosankan...
Kita pegang 2 QP jer, satu file Dslam preventive mtce dan satu lagi Dslam port mismatch verification, nasib baik dia check satu file jer, kalau dia check satu file lagi mesti dia pening... sebab file tu kosong jer...$%$&^#^?

Actually sistem filing dah dipraktik senjak TM dalam jabatan telekom lagi tapi dalam ISO semua benda nak di documented as avidence dan reference serta process flow kerja yaang sistematik. Tapi disebabkan oleh too many paper work dan ditambah pulak kerja harian yang kat field itu yang membuat kita malas nak update/input sehinggalah bila tiba waktu audit barulah nak tercari2 dan mengisi borang2 yg berkaitan... So by crook or by hook you have to complete your filing, it is apart of our work process either you like it or not the job must be done or else you will be firedddddd...!

Wednesday, August 06, 2008

Mari memasak...

Hari sabtu & ahad lepas kita belajar memasak. Pagi tu lepas anta anak ke sekolah kita terus ke pasar dan perabihkan rm50 untuk beli ikan, ayam dan daging dan all the ingrediant yang related dgn masakan utk hari tu. Sampai kat rumah bukak pencak silat versi seni dapur siap lipat lengan dan pasang kuda2. Kuda2 kena kuat sebab kena berdiri lama kat dapur tu...potong ni potong tu siang ni siang tu, dah selesai semua masuk dalam bekas.


Hari sabtu menu ayam masak lemak cili padi dan sambal udang siap dengan buku resepi kat sebelah. Wah..ya ya oh jer..macam ler terer tapi i just like to try. Last sekali time makan, biasalah tanya anak2 cam mana masakan ayah....? Hemm oklah tapi tak pedas pun gulai ni tapi yang sambal...pedas ya amat so sudah jadik reversal lah pulak masakan tu yang sepatutnya pedas tak jadik pedas so itulah cabaran namanya.


The next day masak pulak gulai kari daging dan ayam goreng berempah. Ayam goreng menjadi tapi kari ada kurang sikit tapi rasa kari tu ada sebab terlebih bubuh rempah kari...hahaha gelek dalam hati, itulah padahnya bila tak pandai masak nak tunjuk pandai tapi i like to try, cuba n testing...n i well keep on trying until i can really cook with my own stlye...