BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 10, 2006

Meriam Buluh.....



Pernah anda bermain dengan meriam buluh? Macam2 cerita kita dengar mengenai bahaya bermain dengan meriam buluh. Baru seminggu puasa kita telah dipaparkan didalam dada akbar mengenai remaja melecur akibat bermain meriam.... Yang menjadi kebingungan KJ adalah kenapa remaja sekarang ramai yang cedera ketika bermain mercun,bunga-api dan meriam buatan sendiri? Ini tak pernah berlaku pada zaman KJ dulu, kalau ada pun tapi tak kritikal sampai masuk hospital. Disini KJ nak meyingkap kembali zaman zilam waktu masih digelar budak2. Sepanjang hayat KJ pernah bermain meriam sebanyak 3 kali diwaktu yang berlainan.

Ada beberapa jenis meriam buatan sendiri iaitu meriam buluh, meriam tanah, meriam batang paip, meriam batang pinang dan macam2 lagi nama batang..... dan semua ini bolih menghasilkan bunyi dentuman yang amat kuat dan bolih memekakkan telingga.

Insiden yang pertama 1st time melihat abang2 senior main meriam batang paip..wau memang dasyat bunyinya dan hari itu juga lah menjadi pengalaman pertama KJ menyucuh meriam dengan sendiri sambil diperhatikan olih abang senior. Waktu itu tidak terfikir bahaya dan yang paling excited apabila dapat menghasilkan bunyi yang kuat dan mengalahkan bunyi dentuman pihak lawan. Di waktu itu bermain meriam tidak brapa diambil kisah olih bapak polisi dan kami bermain sehingga lewat malam...

Insiden yang kedua berlaku pada bulan puasa jugak tapi kali KJ dan kawan cuba membuat sendiri meriam iaitu meriam tanah. Kami mengunakan 2 tin susu Dumex yang di tanam kedalam tanah dan dimampatkan dan kedudukkan tin pada tanah adalah 45 darjah. Percubaan pertama kami berjaya walaupun tidak menghasilkan bunyi yang kuat tapi tetap meletup macam *BOM* tapi tak lama. Kegembiraan kami cuma seketika kerana kawan KJ terkena api sewaktu dia meninjau dimuncung meriam untuk melihat kenapa meriam tak berbunyi tetiba yang keluar adalah bebola api yang besar. Kawan KJ terbakar rambut, kening dan melecur sikit di muka. Selepas hari itu kami tidak lagi bermain meriam, cukuplah hanya sekali...

Insiden ketiga berlaku semasa keluarga kami berpindah ke KL. Kami tinggal di Stingan Garden. Kehidupan disini pada bulan puasa memang happening dengan bunyi mercun dan bunga api tapi takda meriam kerana waktu itu sudah ada larangan dari pihak polis dan tindakkan bolih diambil terhadap mereka yang engkar. Tapi kami tetap nak buat jugak meriam itu dan kali ni pun meriam tanah menjadi pilihan kerana senang nak buat. Korek tanah dan letak tin susu and dah bolih main. Kerana dah lama tak main, dia punya kiraan atau jumlah karbait tak ikut formula so kadang2 bunyi tak brapa nak jadik so kita pun tambahlah karbait lebih sikit then this one really meletup **BOOM** satu Tmn Stingan keluar rumah nak tengok whats happening... then you know we all lari lintang pukang coz takut orang kampung marah and tangkap we all tapi depa tak tau sapa punya angkara sampailah ler ni masih menjadi misteri cuma aku dan dia saja yang tahu....

Walau bagaimanpun KJ ingin menasihatkan kepada semua tak kira budak2 ke bapak budak ke jangan lah bermain mercun dan meriam buatan sediri kerana ia sangat merbahaya dan KJ bersyukur kerana tidak cedera saperti mana mereka yang cedera sampai dimasukkan ke hospital dan ada yang terpaksa berhari raya disana so fikir2kan lah dan jaga dan perhatikan anak2 kita supaya selamat dari bahaya bermain mercun dan bunga-api, bye c u....

1 comments:

PB said...

kenapa lama tak update nie??