BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 21, 2007

Malang Lagi.....


Entah knape nasibku malang lagi, pada cuti lepas KJ sekeluarga pergi ke JB rumah abang ipar kerana ada kenduri arwah. On the way balik kami singgah di Air Hitam kerana permintaan si isteri untuk membeli pasu bunga di situ. Lepas satu kedai dan stu kedai kami singgah sehingga di penhujung jalan dan KJ decide nak patah balik so bila melihat ke belakang tiada kenderaan yang ada KJ pun belok kekanan jalan tiba2 berdentum sebuah motosikal telah melanggar belakang sebelah kanan kereta. Bergegar seluruh body kereta KJ akibat impact itu dan motosikal berkecai di tengah jalan, habislah KJ kali ini tentu parah orangnya tetapi alhamdulillah pemandu motor tu cedera di kaki shaja.

Luckily pemandu ni memakai glove. baju dan seluar jeans dan helmet yang mahal kalau tidak tentu kecederaan akan lebih serious. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 4.00pm. Berlaku kekecuhan sedikit tetapi semuanya terkawal apabila polis tiba dan kami membuat report di balai.

Lewat petang semuanya selesai dan kami meneruskan perjalanan dengan memasang lampu signal kecemasan kerana mudguard dan absorber terkena tayar bila berjalan. KJ mengunakan laluan kecemasan sepanjang perjalanan dan kami selamat sampai di rumah lebih kurang jam 12 malam. Besoknya memang flat tak bolih nak bangun, rasa lemah segala anggota sebab terlalu tense-up sepanjang perjalanan. Hari rabu tambah lagi cuti urgent nak uruskan hal insuran pulak dan ke workshop kereta kerana nak estimate brape damage cost untuk kerja2 repair.
Hari khamis baru kerja balik tapi masih terbayang lagi kejadian hari itu. Itu baru accident dengan motor kalau dengan kereta tentu impact dan kesannya lebih teruk...oklah nak relex2kan minda dan cuba fikir2kan yang baik2 mudah2an segalanya berjalan dengan lancar untuk hari ini dan hari2 yang akan datang insyaallah.....

0 comments: