BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 11, 2007

Kek & Jam Tangan...





Atlast dapat jugak jam tangan, selalu kalau nak tengok waktu kena bukak handphone so semalam adalah perasmian pemakaian jam tangan secara rasminya. Nak tahu apa jadik...
Kerana terbiasa tengok waktu melalui hphone so secara spontan duk tengok lagi waktu guna hphone, walhal jam ada kat ....senyum sendiri lah apa lagi :-))

Semalam balik lewat skit sebab? ada sebablah....rahsia..! Bila balik rumah hati sudah panas tengok keadaan rumah. Disuruhnya Afiq pagi tadi sidai kain tapi bila balik kain masih dlm
washing machine, tak bolih nak harap betul budak sorang ni... so petang tu basuh lagi kain satu bakul lagi. Memang penat kalu balik semuanya kita nak kena buat lebih2 lagi sparing partner
kita balik lewat sokmo, kalu mood baik oklah tapi kalu mood ko memang rasa nak lagi atas
bukit depan rumah tu... Mem dan my daughter balik sekali dengan membawa kek, untuk
ayah katanya tapi kita tak brape nak setuju dgn pembelian kek itu sebab kek tu mahal and kita tak brape nak suka makan kek tu "kek choc moise". Kerana tidak mahu mengecilkan hati sesiapa kita makanlah jugak seslice... kalu makan lebih gerenti naik 10 kilo lagi hahaha...

Dalam diam selalu jugak kita terfikir tentang kehidupan kawan2 kita. Bagaimana life dia orang?
Selalukah happy, tiada masalah, duit banyak, hidup senang, punya suami dan isteri yang baik dan sempurna bla bla bla.....???? Kadang2 terfikirkan kawan2 yang pernah kita share masalah
bersama-sama tapi ianya hanyalah sekadar pelepas luahan perasaan yang bersifat sementara,
dia datang dan dia pergi mengikut masa, masa yang tidak dirancang. walau apapun kita kena
redha perjalanan hidup ini dan bertawalkal setiap apa yang terjadi adalah kehendak NYA tapi kita jgn berhenti berdoa dan berdoa supaya kita dapat apa yang kita impikan untuk hari ini, besok dan selama-lamanya...insyaallah amin.






0 comments: