BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 13, 2007

Kena Tinggal Dik Bini...

Jemm kat Puduraya

Bas Express

Semalam Mem berangkat ke MMC Melaka jam 3.30pm. Semalam kilang kabut jugak dibuatnya. Sepatutnya IP gi beli tiket kat puduraya hari sabtu tapi tup2 hari ahad baru nak dapatkan tiket. Ingatkan senanglah dapat tiket coz bukan hari perayaanpun tapi sangkaan meleset. Tiket untuk petang tu habis dijual... Dah beberapa kali tawaf counter tiket tu, Mem kat rumah dah bising dia nak tiket jam 3.00 jugak sebab dia takut sampai sana malam. Last2 dapat jugak tiket jam 3.30pm bas express kl-melaka melelui jalan Alor gajah. Syarikat bas yang dah habis tiket ialah...Transnational, Jebat, Mayang Sari, Mara, dan banyak lagi nama bas express yang pelik2.

Bertolak dari rumah jam 2.30pm, ingatkan within 1 hour bolihlah sampai kat puduraya tu. Sekali sampai je kat jalan Hang Jebat dekat pudu jail tu, jamm giler... Sekejap2 tengok jam, sampailah lagi tinggal 15 minit baru sampai kat tepi puduraya so apa lagi drop Mem kat tepi jalan suruh dia tahan bas dulu sebab kawan dia pun belum sampai. IP terus naik keatas puduraya cari parking. Memang mengejar masa betul, bila sampai dibawah platform bas dah menunggu nak bertolak. Kawan tu sampai on the dot and she was the last person to arrived....
So start semalam dah kena tinggal dan Mem akan pulang hari Jumaat malam well....apa lagi sendirian ler... :-)(

0 comments: