BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 30, 2006

Y'terday dah mula kerja...


Semalam 30/10/06 dah mula kerja and it was a monday blues, malas rasanya nak buat apa2 kerna masih raya mood. Alhamdullilah tiada kerja yang berat2 cuma buat kerja dalaman saja.
Raya tahun ni KJ beraya dirumah emak kat Ampang. Semua adik beradik ada pada hari raya pertama dan yang paling mengharukan adalah pada malam raya. KJ tak perasan samada pernah mencerita perihal adik bongsu pada kawan terdekat tapi untuk pengetahuan adik perempuan KJ telah 2 tahun menghilangkan diri kerana ada krisis dengan family.
Merajuk/ terguris hati/ marah..! tapi tak tau sebab yang sebenar. Walau bagaimanapun memang KJ marah betul dengan tindakkan yang tidak mengunakan kepala otak tu... Disebabkan itu, emak selalu tidak sihat kerana senantiasa memikirkan tentang adik ni. Pada tahun ni ada KJ syorkan supaya kita masukkan dalam paper tapi emak tak setuju...malu katanya so kami sekeluarga cuma berdoa kpd Allah swt supaya dia kembali ke pangkuan keluarga. Akhirnya doa kami dimakbulkan, pada lewat malam raya dia muncul dgn tiba2 dan tahu2 sajalah malam tu semuanya terkejut, gembira dan terharu lebih2 lagi emak.
Kami bersyukur kerana dia sihat dan jauh dari apa yang kami fikirkan selama ini. Bertambah berisi dari dulu (gemuk..!) Malam tu jugak KJ menasihatkan nya supaya jangan di ulangi perkara ini jika ada masalah, kita bolih bawa berbincang dan lebih2 lagi jagalah hati ibu kita walaupun dia pernah menegur kita tak sepatutnya kita mengambil tindakan melulu dan akhirnya akan menyusahkan seluruh ahli keluarga kita.

Thursday, October 19, 2006

Selamat Pulang Ke Kampung....


Kebanyakkan warga KL akan pulang ke kampung menyambut hari raya.
Kuala Lumpur akan jadi sepi seketika dengan ini KJ ingin mengucapkan kepada semua yang akan balik ke kampung supaya selamat sampai dan dapat berhari raya dengan sanak saudara dan jangan lupa diri bila dah ada kat kampung sampai tak ingat nak balik KL. So enjoy you alls punya holidays hope to hear from you alls again lepas raya so akhir skali...

UNTUK SEMUA SAHABAT BLOGGERS.....
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Tuesday, October 10, 2006

Meriam Buluh.....



Pernah anda bermain dengan meriam buluh? Macam2 cerita kita dengar mengenai bahaya bermain dengan meriam buluh. Baru seminggu puasa kita telah dipaparkan didalam dada akbar mengenai remaja melecur akibat bermain meriam.... Yang menjadi kebingungan KJ adalah kenapa remaja sekarang ramai yang cedera ketika bermain mercun,bunga-api dan meriam buatan sendiri? Ini tak pernah berlaku pada zaman KJ dulu, kalau ada pun tapi tak kritikal sampai masuk hospital. Disini KJ nak meyingkap kembali zaman zilam waktu masih digelar budak2. Sepanjang hayat KJ pernah bermain meriam sebanyak 3 kali diwaktu yang berlainan.

Ada beberapa jenis meriam buatan sendiri iaitu meriam buluh, meriam tanah, meriam batang paip, meriam batang pinang dan macam2 lagi nama batang..... dan semua ini bolih menghasilkan bunyi dentuman yang amat kuat dan bolih memekakkan telingga.

Insiden yang pertama 1st time melihat abang2 senior main meriam batang paip..wau memang dasyat bunyinya dan hari itu juga lah menjadi pengalaman pertama KJ menyucuh meriam dengan sendiri sambil diperhatikan olih abang senior. Waktu itu tidak terfikir bahaya dan yang paling excited apabila dapat menghasilkan bunyi yang kuat dan mengalahkan bunyi dentuman pihak lawan. Di waktu itu bermain meriam tidak brapa diambil kisah olih bapak polisi dan kami bermain sehingga lewat malam...

Insiden yang kedua berlaku pada bulan puasa jugak tapi kali KJ dan kawan cuba membuat sendiri meriam iaitu meriam tanah. Kami mengunakan 2 tin susu Dumex yang di tanam kedalam tanah dan dimampatkan dan kedudukkan tin pada tanah adalah 45 darjah. Percubaan pertama kami berjaya walaupun tidak menghasilkan bunyi yang kuat tapi tetap meletup macam *BOM* tapi tak lama. Kegembiraan kami cuma seketika kerana kawan KJ terkena api sewaktu dia meninjau dimuncung meriam untuk melihat kenapa meriam tak berbunyi tetiba yang keluar adalah bebola api yang besar. Kawan KJ terbakar rambut, kening dan melecur sikit di muka. Selepas hari itu kami tidak lagi bermain meriam, cukuplah hanya sekali...

Insiden ketiga berlaku semasa keluarga kami berpindah ke KL. Kami tinggal di Stingan Garden. Kehidupan disini pada bulan puasa memang happening dengan bunyi mercun dan bunga api tapi takda meriam kerana waktu itu sudah ada larangan dari pihak polis dan tindakkan bolih diambil terhadap mereka yang engkar. Tapi kami tetap nak buat jugak meriam itu dan kali ni pun meriam tanah menjadi pilihan kerana senang nak buat. Korek tanah dan letak tin susu and dah bolih main. Kerana dah lama tak main, dia punya kiraan atau jumlah karbait tak ikut formula so kadang2 bunyi tak brapa nak jadik so kita pun tambahlah karbait lebih sikit then this one really meletup **BOOM** satu Tmn Stingan keluar rumah nak tengok whats happening... then you know we all lari lintang pukang coz takut orang kampung marah and tangkap we all tapi depa tak tau sapa punya angkara sampailah ler ni masih menjadi misteri cuma aku dan dia saja yang tahu....

Walau bagaimanpun KJ ingin menasihatkan kepada semua tak kira budak2 ke bapak budak ke jangan lah bermain mercun dan meriam buatan sediri kerana ia sangat merbahaya dan KJ bersyukur kerana tidak cedera saperti mana mereka yang cedera sampai dimasukkan ke hospital dan ada yang terpaksa berhari raya disana so fikir2kan lah dan jaga dan perhatikan anak2 kita supaya selamat dari bahaya bermain mercun dan bunga-api, bye c u....

Friday, October 06, 2006

Mengantuk sangat.....




Anda biasa rasa letih dan seterusnya rasa nak tidur or mengantuk sangat sehingga tertidur. Tidur pada tempatnya tak mengapa tapi bagi kes KJ lain sikit. Petang semalam infact the day before semalam waktu pulang dari kerja rasa letih dan mengantuk sangat. Suatu tabiat yang tak dapat nak dikawal dan selalunya KJ akan cuba sedaya upaya menyenkang mata daripada terlelap tapi semalam keadaan agak kritikal kalau pemandu dibelakang pasti akan berkata "pemandu depan kita ni mabuk ke?" Tidak! pemandu tu sudah laloq kerana mengantuk.
Dalam keadaan yang separuh sedar tetiba handphone berbunyi. Alhamdullillah, panggilan dari sahabatku. Aku mengadu pada dia dan secara tidak lansung dia membantuku dalam membuat keputusan iaitu berhenti dan rehat so memang bukan rehat lagi KJ terus tertidur ditepi petrol station sebelum sampai persimpangan nak ke karak highway.
Kalau mengikut pengalaman memandu sewaktu mengantuk memang banyak iaitu pernah berlaku sewaktu balik ke kampung Melaka, sewaktu berulang alik ke Taiping, sewaktu menghantar anak ke Poli Tj Malim dan hairannya sewaktu balik kerjepun bolih terlelap.... so untuk pemandu2 disana sesiapa rasa mengantuk jangan rasa segan silu untuk berhenti dan rehat atau tidur sebentar didalam kereta.
So balik sat ni hopefully tak mengantuk, bye c u...

Wednesday, October 04, 2006

Ten Days Puasa....


Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita berpuasa. So pagi tadi dengar ERA topic pagi ini apa yang anda rasa selepas 10 hari puasa, ada apa2 perubahan. Do you feel any difference in you? Sudah pasti puasa itu wajib pada yang sudah cukup syarat dan menjadi kewajipan bagi kita untuk melaksanakan nya kerana Allah swt dan bukan kerana yang lain. So jangan pulak ada yang berkata elok jugak aku berpuasa dapat turunkan berat badan dan bolih jimat duit kerana kita tidak perlu membeli makanan disiang hari. So ini sudah dikira lari/out of track/landasan kerana orang berpuasa kerana ibadah. Walau bagaimanapun itulah kelebihan berpuasa secara tidak lansung kita dapat berdiet dan berjimat cermat. Bagi KJ puasa ni macam biasa jer, mula2 fikir nak diet konon sebab berat badan tak seimbang so selepas 10 hari bila kita plus dan minus equals to sama jer....tiada perubahan.... Semalam selepas berbuka badan rasa tak selesa dan rasa sakit2 dan letih semacam. Mungkin minum air sejuk/ais banyak sangat kut... Hari ni bila kat opis rasa nak demam pulak and takda mood nak update blog tapi petang ni semangat tu datang balik dan terciptalah serba ringkas catatan untuk hari ini. Balik nanti dah berjanji pada diri sendiri " JANGAN MINUM AIS BANYAK2" Ok sampai disini dulu, Bye c u...