Semalam 30/10/06 dah mula kerja and it was a monday blues, malas rasanya nak buat apa2 kerna masih raya mood. Alhamdullilah tiada kerja yang berat2 cuma buat kerja dalaman saja.
Raya tahun ni KJ beraya dirumah emak kat Ampang. Semua adik beradik ada pada hari raya pertama dan yang paling mengharukan adalah pada malam raya. KJ tak perasan samada pernah mencerita perihal adik bongsu pada kawan terdekat tapi untuk pengetahuan adik perempuan KJ telah 2 tahun menghilangkan diri kerana ada krisis dengan family.
Merajuk/ terguris hati/ marah..! tapi tak tau sebab yang sebenar. Walau bagaimanapun memang KJ marah betul dengan tindakkan yang tidak mengunakan kepala otak tu... Disebabkan itu, emak selalu tidak sihat kerana senantiasa memikirkan tentang adik ni. Pada tahun ni ada KJ syorkan supaya kita masukkan dalam paper tapi emak tak setuju...malu katanya so kami sekeluarga cuma berdoa kpd Allah swt supaya dia kembali ke pangkuan keluarga. Akhirnya doa kami dimakbulkan, pada lewat malam raya dia muncul dgn tiba2 dan tahu2 sajalah malam tu semuanya terkejut, gembira dan terharu lebih2 lagi emak.
Kami bersyukur kerana dia sihat dan jauh dari apa yang kami fikirkan selama ini. Bertambah berisi dari dulu (gemuk..!) Malam tu jugak KJ menasihatkan nya supaya jangan di ulangi perkara ini jika ada masalah, kita bolih bawa berbincang dan lebih2 lagi jagalah hati ibu kita walaupun dia pernah menegur kita tak sepatutnya kita mengambil tindakan melulu dan akhirnya akan menyusahkan seluruh ahli keluarga kita.
Monday, October 30, 2006
Y'terday dah mula kerja...
Posted by Scorpion61 at 4:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment