Anda biasa rasa letih dan seterusnya rasa nak tidur or mengantuk sangat sehingga tertidur. Tidur pada tempatnya tak mengapa tapi bagi kes KJ lain sikit. Petang semalam infact the day before semalam waktu pulang dari kerja rasa letih dan mengantuk sangat. Suatu tabiat yang tak dapat nak dikawal dan selalunya KJ akan cuba sedaya upaya menyenkang mata daripada terlelap tapi semalam keadaan agak kritikal kalau pemandu dibelakang pasti akan berkata "pemandu depan kita ni mabuk ke?" Tidak! pemandu tu sudah laloq kerana mengantuk.
Dalam keadaan yang separuh sedar tetiba handphone berbunyi. Alhamdullillah, panggilan dari sahabatku. Aku mengadu pada dia dan secara tidak lansung dia membantuku dalam membuat keputusan iaitu berhenti dan rehat so memang bukan rehat lagi KJ terus tertidur ditepi petrol station sebelum sampai persimpangan nak ke karak highway.
Kalau mengikut pengalaman memandu sewaktu mengantuk memang banyak iaitu pernah berlaku sewaktu balik ke kampung Melaka, sewaktu berulang alik ke Taiping, sewaktu menghantar anak ke Poli Tj Malim dan hairannya sewaktu balik kerjepun bolih terlelap.... so untuk pemandu2 disana sesiapa rasa mengantuk jangan rasa segan silu untuk berhenti dan rehat atau tidur sebentar didalam kereta.
So balik sat ni hopefully tak mengantuk, bye c u...
Friday, October 06, 2006
Mengantuk sangat.....
Posted by Scorpion61 at 12:49 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment