BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 29, 2006

Selamat Tahun Baru....


***SELAMAT TAHUN BARU***
***2007***

KJ ingin mengucapkan pada sahabat bloggers specially untuk PB kerana tanpa dorongannya takkan lahirnya blog yang sempoi ini semoga apa yang dirancangkan akan berhasil dan berjaya pada tahun 2007. So c u next year bye......

Thursday, December 28, 2006

December 2006....


Di bulan December ini banyak perkara yang berlaku di negara2 diseluruh dunia saperti gempa bumi, taufan, ribut, banjir dan macam2 lagi. Dinegara kita sedang dilanda banjir besar dan ramai penduduk terpaksa berpindah ke penempatan sementara demi keselamatan mereka.

Di bulan ini juga KJ banyak menghadapi masallah....lepas satu, dua, tiga dan...... masallah yang datang. Dalam pada kerisauan dan keresahan dan kekalutan itu sedikit sebanyak tergugat jugak emosi dan perasaan tapi kecekalan dan kesabaran membuatkan diri ini tabah menghadapinya. Sokongan moral dari pihak ketiga tidak banyak membantu tapi ada satu sms dari ustaz yang mengajar mengaji memberi semangat untuk KJ terus bangun dan berjalan kehadapan.

Ada orang berkata jika anda tidak pernah menghadapi sebarang masallah janganlah angkuh tetapi bersyukurlah pada ALLAH swt dan jika anda lalai maka tunggulah bila umur anda mencecah more then 40. Disini bukanlah KJ hendak memberi amaran tapi cuma peringatan kerana setiap orang punya riwayat hidupnya sendiri. Satu contoh lagi, ada seorang insan ini dari sebuah keluarga yang bahagia dan berada. Tak terlintas olih KJ yang dia mempunyai masallah kerana kehidupannya nya mewah, ada kereta Merc besar, ada rumah besar dan semuanya besar tetapi disebalik itu keluarga ini sedang menghadapi satu delima iaitu ia bakal dihadapkan ke makamah dan jika disabitkan kesalahan ia bakal disaman ratusan ribu RM.

Olih itu apa2pun yang berlaku pada diri kita anggaplah ia suatu dugaan yang kecil dari NYA dan sudah tentu ada iktibar disebalik kejadian itu. Bayangkanlah nasib mereka2 yang dilanda bencana saperti gempabumi, ribut taufan dan banjir. Berdoalah semoga negara kita dihindari dari bencana2 seumpananya ini, insyaallah amin.....

Thursday, December 21, 2006

Kehidupanku....


Aku berasal dari keluarga yang sederhana. Zaman sekolah rendahku adalah di Sitiawan, Perak. Aku berhijrah bersama keluargaku ke Kuala Lumpur ketika di darjah 6 dan seterusnya kesekolah menengah sehingga tamat pengajian di tingkatan 5. Bila berada diKL semuanya berubah, cara dan suasana kehidupan dikota besar rasa jauh berbeza. Ibuku tidak berkerja so ayahlah yang menanggung segala-galanya. Kami menyewa rumah teres di Desa Jaya, Kepong. Pertama kali duduk dirumah batu rasa seronok sekali tapi tak lama kerana pendapatan/gaji bulanan ayahku tidak mencukupi untuk kami berada lama disana.

Dengan bantuan bapa saudaraku keluarga kami dapat berpindah ke rumah lain disuatu perkampungan yang bernama Kampung Bakong, Bt.5 Jln Ipoh. Tapi sebenarnya ia adalah perkampongan setinggan yang tiada kemudahan letrik dan air. Bermulalah kehidupanku yang banyak mengajar aku berdekari dan semuanya aku lakukan sendiri. Kemungkinan kerana aku anak yang sulung dalam famili so deria untuk aku lebih bertanggung jawab dan menolong ibuku tanpa ada paksaan. Kerana kesempitan kewangan ibuku telah berusaha membuat kuih-muih untuk dijual kepada jiran2 dan orang ramai. Tanpa rasa segan dan silu aku buat kali pertamanya menjadi budak penjual kuih "PAU". Dengan membawa bakul kuih aku meredah kawasan projek perumahan yang sedang dalam pembinaan. Abang2 pekerja kontrak pembinaan menjadi sasaran jualan kuih "PAU". Memang laris, habis semua jualan pada petang itu. Dan setiap petanglah akan kedegaran sibudak penjual kuih akan melaungkan.....PAU PAU, PAU KACANG PAU KAYA, PAU PAU......

Bila setiap kali aku melalui Jalan Kucing dan terpandang flat-flat atau rumah pangsa berdekatan roundabout batu 5, Jlan Ipoh sudah pasti aku tidak dapat melupakan detik itu. Dan bertentangan rumah pangsa itu juga terletaknya bekas perkampongan setinggan Kpg Bakong yang dijadikan kawasan tanah perkuburan orang islam untuk penduduk mukim Batu.

Aku bukan sekadar budak menjual pau tapi aku jugak seorang budak penjual nasi lemak bungkus disekolah menengahku. Aku tidak segan malah merasa bangga kerana nasi lemak yang dijual habis semuanya. Masih ku ingat hari pertama bila nasi lemak yang ku bawa cuma sebuah plastik beg dan kemudian ditambah dengan dua plastik beg sehingga cikgu sendiri membuat booking awal2 takut tak dapat kerana kehabisan. Begitulah kehidupan ku bagaimana aku dan keluarga mencari duit lebih untuk keperluan kami sekeluarga insyaalah banyak lagi cerita dan liku2 kehidupanku yang banyak mengajar aku tentang hidup dikota yang besar, kota kosmolitan kota penuh dengan cabaran...... bersambung, insyaalah.

Tuesday, December 19, 2006

Aku Bukan Lagi Aku....


DULU....

AKU YANG CERIA,

AKU YANG PERIANG,

AKU YANG PERAMAH,

AKU YANG PEMURAH,

AKU YANG SEGALA2NYA

KINI....

AKU BUKAN LAGI AKU...!

Sunday, December 17, 2006

Disturbance.....




Lately its hard to update my blog. Everything had gone haywire, what ever i do does'nt seems to be right and it is gethin harder and complicated.
Oh GOD please help me....!

Wednesday, December 06, 2006

Start Work 2day....


Rasanya dah lama sangat bercuti tapi anak2 masih tak puas sebab 2 hari saja berjalan2 makan angin, selebihnya duduk rumah relex2 aje. Hari selasa dan rabu pergi kursus and hari ni start kerja.

Biasalah tiap2 pagi bukak email dulu and then baru fikir apa nak buat. Kalu cuti lama memang dah xpac.... email mesti loaded so pagi ni kena look thru all the email. Masih banyak kerja yang outstanding walaupun dah akhir tahun and biasanya at this time selalu sibuk and nak habiskan cuti memang tak bolih so cuti akan di carry ke tahun depan 2007.

Hujung tahun ni jugak, macam2 yang nak di selesaikan dan akhir tahun nilah jugak banyak mengunakan duit. Saperti tahun sudah KJ akan ambil advance yang majikan tawarkan kepada staff yang memerlukan. Semua pakaian sekolah dan kasut mesti dibeli lagi yang baru kerana pakaian budak2 yang aktif ni biasanya akan kelihatan tidak berseri dan lontor (kasut pastinya dah koyak) tapi bagi abangnya yang di sekolah menengah agak cermat sikit, pakaiannya masih elok lagi.

Demi anak2 sudah pasti kita hendakkan mereka dalam keadaan yang serba baik dan elok. Drpd pengalaman dulu KJ memang sudah merasa kesusahan dan kekurangan dan biarlah mereka melalui proses pembelajaran dengan keadaan persekitaran yang baik dan sempurna, insyaallah...