Di bulan December ini banyak perkara yang berlaku di negara2 diseluruh dunia saperti gempa bumi, taufan, ribut, banjir dan macam2 lagi. Dinegara kita sedang dilanda banjir besar dan ramai penduduk terpaksa berpindah ke penempatan sementara demi keselamatan mereka.
Di bulan ini juga KJ banyak menghadapi masallah....lepas satu, dua, tiga dan...... masallah yang datang. Dalam pada kerisauan dan keresahan dan kekalutan itu sedikit sebanyak tergugat jugak emosi dan perasaan tapi kecekalan dan kesabaran membuatkan diri ini tabah menghadapinya. Sokongan moral dari pihak ketiga tidak banyak membantu tapi ada satu sms dari ustaz yang mengajar mengaji memberi semangat untuk KJ terus bangun dan berjalan kehadapan.
Ada orang berkata jika anda tidak pernah menghadapi sebarang masallah janganlah angkuh tetapi bersyukurlah pada ALLAH swt dan jika anda lalai maka tunggulah bila umur anda mencecah more then 40. Disini bukanlah KJ hendak memberi amaran tapi cuma peringatan kerana setiap orang punya riwayat hidupnya sendiri. Satu contoh lagi, ada seorang insan ini dari sebuah keluarga yang bahagia dan berada. Tak terlintas olih KJ yang dia mempunyai masallah kerana kehidupannya nya mewah, ada kereta Merc besar, ada rumah besar dan semuanya besar tetapi disebalik itu keluarga ini sedang menghadapi satu delima iaitu ia bakal dihadapkan ke makamah dan jika disabitkan kesalahan ia bakal disaman ratusan ribu RM.
Olih itu apa2pun yang berlaku pada diri kita anggaplah ia suatu dugaan yang kecil dari NYA dan sudah tentu ada iktibar disebalik kejadian itu. Bayangkanlah nasib mereka2 yang dilanda bencana saperti gempabumi, ribut taufan dan banjir. Berdoalah semoga negara kita dihindari dari bencana2 seumpananya ini, insyaallah amin.....
Thursday, December 28, 2006
December 2006....
Posted by Scorpion61 at 5:13 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment