Aku berasal dari keluarga yang sederhana. Zaman sekolah rendahku adalah di Sitiawan, Perak. Aku berhijrah bersama keluargaku ke Kuala Lumpur ketika di darjah 6 dan seterusnya kesekolah menengah sehingga tamat pengajian di tingkatan 5. Bila berada diKL semuanya berubah, cara dan suasana kehidupan dikota besar rasa jauh berbeza. Ibuku tidak berkerja so ayahlah yang menanggung segala-galanya. Kami menyewa rumah teres di Desa Jaya, Kepong. Pertama kali duduk dirumah batu rasa seronok sekali tapi tak lama kerana pendapatan/gaji bulanan ayahku tidak mencukupi untuk kami berada lama disana.
Dengan bantuan bapa saudaraku keluarga kami dapat berpindah ke rumah lain disuatu perkampungan yang bernama Kampung Bakong, Bt.5 Jln Ipoh. Tapi sebenarnya ia adalah perkampongan setinggan yang tiada kemudahan letrik dan air. Bermulalah kehidupanku yang banyak mengajar aku berdekari dan semuanya aku lakukan sendiri. Kemungkinan kerana aku anak yang sulung dalam famili so deria untuk aku lebih bertanggung jawab dan menolong ibuku tanpa ada paksaan. Kerana kesempitan kewangan ibuku telah berusaha membuat kuih-muih untuk dijual kepada jiran2 dan orang ramai. Tanpa rasa segan dan silu aku buat kali pertamanya menjadi budak penjual kuih "PAU". Dengan membawa bakul kuih aku meredah kawasan projek perumahan yang sedang dalam pembinaan. Abang2 pekerja kontrak pembinaan menjadi sasaran jualan kuih "PAU". Memang laris, habis semua jualan pada petang itu. Dan setiap petanglah akan kedegaran sibudak penjual kuih akan melaungkan.....PAU PAU, PAU KACANG PAU KAYA, PAU PAU......
Bila setiap kali aku melalui Jalan Kucing dan terpandang flat-flat atau rumah pangsa berdekatan roundabout batu 5, Jlan Ipoh sudah pasti aku tidak dapat melupakan detik itu. Dan bertentangan rumah pangsa itu juga terletaknya bekas perkampongan setinggan Kpg Bakong yang dijadikan kawasan tanah perkuburan orang islam untuk penduduk mukim Batu.
Aku bukan sekadar budak menjual pau tapi aku jugak seorang budak penjual nasi lemak bungkus disekolah menengahku. Aku tidak segan malah merasa bangga kerana nasi lemak yang dijual habis semuanya. Masih ku ingat hari pertama bila nasi lemak yang ku bawa cuma sebuah plastik beg dan kemudian ditambah dengan dua plastik beg sehingga cikgu sendiri membuat booking awal2 takut tak dapat kerana kehabisan. Begitulah kehidupan ku bagaimana aku dan keluarga mencari duit lebih untuk keperluan kami sekeluarga insyaalah banyak lagi cerita dan liku2 kehidupanku yang banyak mengajar aku tentang hidup dikota yang besar, kota kosmolitan kota penuh dengan cabaran...... bersambung, insyaalah.
Thursday, December 21, 2006
Kehidupanku....
Posted by Scorpion61 at 11:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment