BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 29, 2006

Pening Kepala.....


Hari ini terasa pening kepala teramat sangat dan terasa tegang dibelakang tengkok. Pagi lagi dah jumpa boss, berbincang pasal issue semasa and kul 10.30 ada meeting OSH dan pihak pengurusan. Jam 12.30 baru selesai, bila masuk bilik terus tutup pintu and cuba nak relex tapi fikiran duk ingat macam2. Tiba2 emak pulak call, mengadu ada masalah kewangan katanya....
Pening lagi dibuatnya, dah tentu nak pakai duit and baru 2 hari lepas dah bagi duit untuk selesaikan satu kes.

Semalam dapat email dari boss dia tanya kenapa saya "selalu" takda kat opis bila waktu petang. KJ jawab and pertikaikan kenapa dia guna perkataan "selalu" ...... selalu ke saya ponteng kerja???? Dia jawab balik mintak maaf kerana tersalah guna ayat..... Kebetulan ada meeting bersama pagi tu and kebetulan jugak dia duduk sebelah KJ. Sepanjang meeting KJ buat selamba layan tak layan jer....boring malas boring malas dan pening nak memikirkanya.

Besok KJ cuti, hopefully dapat relex dan release tention. KJ nak lupa segala hal kat opis and kalu bolih nak lupa apa2 yang berkaitan yang akan memeningkan kepala so till then, bye c u.....

Monday, November 27, 2006

KJ Bercuti......



Hari ini sudah ada staff yang ambil cuti tahunan. Kebanyakan ambil cuti nak bawak anak2 pergi melancung dan beristirehat bersama keluarga ditempat2 menarik sempena cuti sekolah yang panjang ini. Dan tidak terkecuali KJ juga akan bercuti bermula pada 1/12/06 sehingga 4/12/06.
Senjak minggu lepas sibongsu asyik bertanya bila nak cuti panjang untuk bawa mereka berjalan2.

Cuti tak lama so KJ nak bawa mereka bercuti tidak jauh dari KL. Dulu dah pergi kat sini tapi mereka perfer nak ke sini lagi. Tempatnya di Port Dickson tapi tak mandi di pantai sebaliknya disini disediakan kolam mandi yang ala-ala Desa Waterpark Sg Besi. OKlah tempatnya, bilik apartmentnya luas dengan katil berkembar. Terdapat juga aktiviti2 riadah yang lain so kena datanglah kesini kalau nak lebih trill, lain orang lain cita rasanya.
Ok selamat bercuti, bye c u.....

Thursday, November 23, 2006

Free medical checkup...


KJ baru balik dari medical checkup di Menara TM. Hari ni last day sempena hari awareness mengenai kesihatan dan keselamatan diri. Tujuannya adalah baik kerana selain daripada menjalankan tugas2 dipejabat bagaikan nak rak tapi kita kekadang terlepas pandang tentang kesihatan kita yang berkemungkinan terjejas olih sebab beban kerja yang yang terlalu banyak. Kebetulan ada meeting disana so tengahari tu saja ler nak check blood chelosterol dan a few medical test yang ada kat sana. Ingatkan sekejap, by 2.30pm bolih balik tapi it takes more then that almost 5.00pm baru habis.

Test yang KJ ambil adalah;

1-Blood test for chelosterol content.(ambil satu tiut darah...mengigil jugak lah)
2-Blood sugar test. (ambil sedikit darah je)
3-Blood pressure ( suspend...tapi normal 120/80 macam tak percaya)
4-Heart echo test ( scan jantung...bolih lihat jantung kita kat skrin)
5-Heart ECG test ( pakai wire attach kat badan kita, nanti keluar reading berbentuk graph)
6-Eostropherosis test ( check tulang - dah dekat nak reput katanya)
7-Abdomen scanning ( scan for batu karang & i've got 2 batu but not that batu...hehe)
8-BMI test ( waduh ini yang sah kalu tak testpun dah tahu....obessssss tahap1)

Overall test okey tapi blood chelosterol tinggi so doktor adviced suruh kurangkan makanan berlemak dan makan banyak sayuran dan buah2an. So sapa2 yang rasa kurang sihat gi lah buat medical checkup secara menyeluruh ( kata doktor 6 bulan sekali). Bye c u....

Tuesday, November 21, 2006

Cuti Sekolah....






Semalam telah bermula cuti sekolah infact last friday ada yang dah ponteng termasuk ler anak bungsu KJ....tak belajar katanya. So tentu ramai ibubapa yang dah mula merancang nak ambil cuti jugak. Bagi KJ awal2 lagi yang sibungsu tu dah merengek....tanya bila ayah nak ambil cuti panjang? Sehingga kini belum decide lagi bila nak cuti.

Maybe nak anbil cuti awal minggu pertama. Di opis ni susah skit nak ambil cuti sebab staff ada 3 orang jer so kena plan cuti betul2 supaya tak clash...! Biasalah kalau bercuti, tempat2 yang anak nak pergi mesti ada air semada air sungai, air laut atau air kolam. Yang ni pun belum decide nak pergi mana? Nanti kalau dah set kita umumkan disini. ok c u....

Wednesday, November 15, 2006

Penyampaian hadiah...


Semalam ambil cuti khas untuk menghadirkan diri menyaksikan anak bungsu KJ menerima hadiah sempena hari penyampaian anugerah pelajar cemerlang. Sebenarnya anak KJ tak ler cemerlang didalam apa2 mata pelajaranpun tapi penilaian diambilkira dari segi peningkatan prestasi menyeluruh didalam kelasnya. Tujuan diadakan hadiah ini adalah supaya dapat mendorong pelajar tersebut supaya akan lebih maju lagi dimasa hadapan dengan kerjasama guru dan ibubapa insyaallah anak2 kita akan berjaya kelak.

Selain dari penyampaiaan hadiah, acara di selang seli dengan persembahan tarian dan nyanyian olih murid2 dari prasekolah, kelas tahap 1 dan kelas tahap 2. KJ terpegun dan kagum dengan setiap persembahan yang dilakukan olih murid2 semua kerana mereka begitu komited dan cuba melakukan sebaik mungkin. Pernah dengar choral speaking?, siap dengan conductor didepan barisan peserta choral speaking, sungguh menarik, alunan dilakukan saperti sebuah okestra mengikut nada bunyi tinggi dan rendah serta berharmoni.

Banyak perubahan didalam sistem pembelajaran sekarang berbanding dari dahulu. Persekitaran sekolah lebih menarik dan ceria dengan adanya landskip dan kolam ikan, pagar sekolah berkonkrik, ada surau dan juga dewan IT dan macam2 lagi. KJ rasa semua ini adalah untuk memberi keceriaan pada murid2 supaya dapat belajar dalam suasana yang aman damai dan akhirnya dapat melahirkan insan2 yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan hidup didunia yang fana ini, insyaallah...!

Friday, November 10, 2006

Sedikit busy.....


Minggu ni KJ ada sedikit busy....ada kerja diluar pejabat sebab tu tak sempat nak update blog, balik dah lewat so petang ni insyaallah dapat ler coret serangkap dua ayat buat tatapan para blogger yang sudi menyenguk blog ini. Di organasasi dimana KJ sedang berkerja ini terdapat berbagai-bagai sistem dengan tujuan dan untuk kegunaan tertentu. Inilah bahana bila sudah ramai para programmer dan penganalisa sistem didalam sesebuah syarikat. Tak cukup dengan satu atau dua sistem yang memerlukan monitoring dan updating ditambah dengan satu lagi sistem yang baru kononnya lebih efisyen tapi membebankan orang yang nak bagi data/info yang menjele-jele banyaknya. To name a few of these system are Ensis, Gems, Nis, Icare, Nrdb, Olympic dan macam2 lagi, rasa tak muat nak masukkan dalam ruangan ini. So minggu ni takda cerita menarik so hopefully next week ada cerita yang lebih baik. Besok ada open house di rumah emak kat Ampang, just a family gathering untuk adik beradik dan saudara terdekat je.
KJ tak buat open house tahun ni kerana bugjet tak cukup tapi selalunya buat jugak sikit2 ajak jiran sebelah rumah dan adik beradik. Bye c u.....

Sunday, November 05, 2006

Kia Spectraku kena sondol....


Aduh...sakitnya hatiku kerana keretaku kena sondol di lebuhraya persekutuan sewaktu perjalananku menuju ke Shah Alam didalam keadaan hujan yang amat lebat. Kenderaan pada waktu memang banyak so disebabkan hujan semua kenderaan bergerak pelahan termasuklah kereta Spectraku. Dalam keadaan slowpun orang belakang bolih hentam/sondol kereta KJ.
Apa lagi kita pun sondol kereta orang depan dan orang depan sondol orang depan last2 5 kereta yang terlibat. Dalam kilang kelibut KJ keluar dari kereta dengan tidak berpayung so habis lenjun kena hujan. Bamper depan masuk bamper kereta depan, memang bercium bamper dengan bamper semuanya. Dalam hujan lebat jugak pandu kereta ketepi jalan dan berlakulah salah menyalah antara satu sama lain. Pada mulanya ingatkan kereta dah teruk kemek depan belakang tapi alhamdulillah cuma pecah plat kiter jer tapi kereta depan teruk sebab kiter wira dia kemek depan dan belakang. Akhir sekali dia mengaku dia yang salah so dia tanggung sendiri kerosakan kenderaannya dan kami yang lain cuma kemek skit2 dan masing2 kautim dan bolih bertolak ansur.

Untuk pengetahuan kawan2 kereta KJ dah 2X kena sondol pada bulan syawal ni. Pada raya ke4 kereta KJ sondol kereta orang disebelah shopping complex SOGO. Parking sekejap ditepi jalan dan gear auto letak kat N (enjin kereta on), tetiba ada satu insiden dan KJ terus keluar tanpa tukar gear ke P. Dalam keadaan kelam kelibut anak KJ terlangar gear dan daripada N gi ke D, apa lagi tersondollah kereta yang parking kat didepan. So ayah dia bukan main marah lagi pada hal ayahnya yang careless kerena letak gear tak betul so pengajarannya daripada dua insiden ini ialah, pertama-jangan pandu terlalu dekat dengan kenderaan didepan anda, dan kedua senantiasa pastikan gear berada di P walaupun anda berhenti seketika atau menunggu ditepi jalan.

Lepas xcden dilebuhraya tu kami terus ke Shah Alam, ada open house kat rumah abang ipar. Sampai je terus mintak kebenaran untuk kebilik mandi dan tukar pakaian. Abang sediakan kain sarung dan baju T so berayalah dirumah abang dgn berkain sarung, segan jugak sebab ada saudara dan anak2 saudara yang lain kat situ tapi buat selamber jer. And the best part is KJ terpaksa menghantar anak sulung balik ke Politek Tj Malim petang tu jugak dengan berpakaian kain sarung....nak balik rumah dah lewat so redah jer.....
Bye c u....

Friday, November 03, 2006

Lepas Raya Mood Kurengg....



Entahlah kenapa Kj moody skit bila stat je kerja hari senin lepas dan berlarutan sehingga hari ni..? Nak update blog pun tak brapa nak menjadik so apa yang di tulis macam melepas batuk di tangga jer. Macam sudah ketandusan idea tapi dalam lobuk hati macam ada benda yang nak diluahkan tapi tak kesampaian.Takpalah mungkin banyak benda yang difikirkan tapi yang pasti bila stat jer kerja sudah ada macam2 yang BOSS hendak semua nya kena siap by 3rd week of this month so mungkin ada stress disinin skit disinun skit..well life must go on no matter what happens. KJ telah berjanji dengan sahabat KJ that i will update my blog from time to time insyaallah. Kalau ianya memboringkan KJ mintak maaf, kita manusia ada upss & downss so enough of thats nonsense....Ok sampai disini dulu nanti kita update pulak pasal raya, jeles bila baca blog orang lebih2 lagi blog PB... bukan main raya sakan dia tahun ni.....!
Bye c u....

Wednesday, November 01, 2006

Ingatkan Tak Jemm...!


Tahun ni KJ berhari raya di rumah emak di Ampang dan mungkin tahun depan dan tahun depan dan tahun2 akan datang.... kerana kedua2 mentua dah takda dikampung tapi wife nak balik jugak ( masih ada abang ipar kat kmpg) so kita decide nak balik hari. Lepas sembahyang raya dan menziarah kubur arwah bapa kami bertolak dari Ampang jam 11.00am, di fikiran berkata 2 jam sampai ler kat kampung. Tapi andaian itu meleset selepas masuk jer highway Sg Besi dah nampak kenderaan banyak menghala ke selatan. So the stress started from Bangi untill exit Alor Gajah. Aduh..... stress bangat!

First gi rumah abang ipar di Felda Jelai, jalan menuju ke Gemas. Lepas zohor kekampung Nyalas @ Dallas kmpg wife eden. Petang tu hujan lebat sempat gi ziarah 3 buah rumah saudara saja. Last sekali gi rumah pak saudara, pada mulanya nak balik jam 6.00pm tapi hujan lebat sangat so tunggu punya tunggu last2 balik lepas magrib. Petang tu kepala ada pening skit mungkin sebab makan banyak sangat rendang daging ( baru teringat BP ) so malam tu tawakal supaya pening kepala tak mendatangkan site effect.

Ingatkan malam tu tak ler jem tapi jem jugak.....mula ler stress tapi masih dalam kawalan. Alhamdullih sampai jugak akhirnya setelah 3 jam perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang dari 2 jam. Malam tu masuk jer pintu rumah terus collapes......!