Semalam ambil cuti khas untuk menghadirkan diri menyaksikan anak bungsu KJ menerima hadiah sempena hari penyampaian anugerah pelajar cemerlang. Sebenarnya anak KJ tak ler cemerlang didalam apa2 mata pelajaranpun tapi penilaian diambilkira dari segi peningkatan prestasi menyeluruh didalam kelasnya. Tujuan diadakan hadiah ini adalah supaya dapat mendorong pelajar tersebut supaya akan lebih maju lagi dimasa hadapan dengan kerjasama guru dan ibubapa insyaallah anak2 kita akan berjaya kelak.
Selain dari penyampaiaan hadiah, acara di selang seli dengan persembahan tarian dan nyanyian olih murid2 dari prasekolah, kelas tahap 1 dan kelas tahap 2. KJ terpegun dan kagum dengan setiap persembahan yang dilakukan olih murid2 semua kerana mereka begitu komited dan cuba melakukan sebaik mungkin. Pernah dengar choral speaking?, siap dengan conductor didepan barisan peserta choral speaking, sungguh menarik, alunan dilakukan saperti sebuah okestra mengikut nada bunyi tinggi dan rendah serta berharmoni.
Banyak perubahan didalam sistem pembelajaran sekarang berbanding dari dahulu. Persekitaran sekolah lebih menarik dan ceria dengan adanya landskip dan kolam ikan, pagar sekolah berkonkrik, ada surau dan juga dewan IT dan macam2 lagi. KJ rasa semua ini adalah untuk memberi keceriaan pada murid2 supaya dapat belajar dalam suasana yang aman damai dan akhirnya dapat melahirkan insan2 yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan hidup didunia yang fana ini, insyaallah...!
Wednesday, November 15, 2006
Penyampaian hadiah...
Posted by Scorpion61 at 5:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam...
keseluruhannya blog ni dah cantik. cuma yg bab scrolling scrolling tu laju sgt....
kalau ada masa, mungkin buleh tambah 'sembang - sembang' kat tepi tu...
penggunaaan bahasa memang stail org lama....sistematik sungguh...
rumah sendiri, hiaslah mengikut kesukaan dan kemahiran sendiri...
PB
Thks kerana beri komen, scrolling tu laju tapi dia ada brek bila kita mouse over.... tu yang tak reti.... tak pandai nak guna bahasa yang lagu mana? tolong beri contoh. Tang ruang sembang2 Kj masih tercari2 nanti next time bolih KJ muatkan, insyaallah.
Post a Comment