Aduh...sakitnya hatiku kerana keretaku kena sondol di lebuhraya persekutuan sewaktu perjalananku menuju ke Shah Alam didalam keadaan hujan yang amat lebat. Kenderaan pada waktu memang banyak so disebabkan hujan semua kenderaan bergerak pelahan termasuklah kereta Spectraku. Dalam keadaan slowpun orang belakang bolih hentam/sondol kereta KJ.
Apa lagi kita pun sondol kereta orang depan dan orang depan sondol orang depan last2 5 kereta yang terlibat. Dalam kilang kelibut KJ keluar dari kereta dengan tidak berpayung so habis lenjun kena hujan. Bamper depan masuk bamper kereta depan, memang bercium bamper dengan bamper semuanya. Dalam hujan lebat jugak pandu kereta ketepi jalan dan berlakulah salah menyalah antara satu sama lain. Pada mulanya ingatkan kereta dah teruk kemek depan belakang tapi alhamdulillah cuma pecah plat kiter jer tapi kereta depan teruk sebab kiter wira dia kemek depan dan belakang. Akhir sekali dia mengaku dia yang salah so dia tanggung sendiri kerosakan kenderaannya dan kami yang lain cuma kemek skit2 dan masing2 kautim dan bolih bertolak ansur.
Untuk pengetahuan kawan2 kereta KJ dah 2X kena sondol pada bulan syawal ni. Pada raya ke4 kereta KJ sondol kereta orang disebelah shopping complex SOGO. Parking sekejap ditepi jalan dan gear auto letak kat N (enjin kereta on), tetiba ada satu insiden dan KJ terus keluar tanpa tukar gear ke P. Dalam keadaan kelam kelibut anak KJ terlangar gear dan daripada N gi ke D, apa lagi tersondollah kereta yang parking kat didepan. So ayah dia bukan main marah lagi pada hal ayahnya yang careless kerena letak gear tak betul so pengajarannya daripada dua insiden ini ialah, pertama-jangan pandu terlalu dekat dengan kenderaan didepan anda, dan kedua senantiasa pastikan gear berada di P walaupun anda berhenti seketika atau menunggu ditepi jalan.
Lepas xcden dilebuhraya tu kami terus ke Shah Alam, ada open house kat rumah abang ipar. Sampai je terus mintak kebenaran untuk kebilik mandi dan tukar pakaian. Abang sediakan kain sarung dan baju T so berayalah dirumah abang dgn berkain sarung, segan jugak sebab ada saudara dan anak2 saudara yang lain kat situ tapi buat selamber jer. And the best part is KJ terpaksa menghantar anak sulung balik ke Politek Tj Malim petang tu jugak dengan berpakaian kain sarung....nak balik rumah dah lewat so redah jer.....
Bye c u....
Sunday, November 05, 2006
Kia Spectraku kena sondol....
Posted by Scorpion61 at 7:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment