BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 12, 2007

Minor surgery...


Semalam tak kerja, dapat mc krn ibu jari kaki kena operation. Hari sabtu lagi dah bengkak skit tapi tak perasan terlanggar apa...hari ahad dah bengkak sangat, pergi klinik ambil ubat tahan sakit dan bengkak. Malam isnin keadaan bertambah parah, sakit berdenyut2 dan badan terasa panas macam nak demam. So pagi senin nya klinik bukak jam 9.30am i am the first person to met the doctor. 1st time pecah rekod melawat doktor seawal itu dan patient yg pertama pluk tu. Syira tak ke sekolah pagi tu sebab dia kata nak jaga ayah walhal dia nak ponteng kelas lah tu.... Olih kerana swollen tu dah besau banget dan doktor kata bisa nanah tu kena buang so no choice a have to allow Dr to make a small cut untuk keluarkan nanah tu. Punyaler takut, badan je besar tapi penakut, apa tak nya dah ternampak pisau kecik/opertion knife kat tangan dia. Dengan lafas bismillah ku biarkan Dr tu membuat kerjanya sehingga selesai. Dia pecit and pecit and pecit...."banyak nanah + darah lah..." itu Dr Singh cakap, gua apa lagi menahan kesakitan lah....Bila balik terasa lagi denyutannya, tghari tu rasa demam skit and malam tadi dah ok. So pagi ni gi kerja dengan ibu kaki berbalut dan tak bolih pakai kasut sebab belum betul2 baik lagi...

Monday, August 13, 2007

Kena Tinggal Dik Bini...

Jemm kat Puduraya

Bas Express

Semalam Mem berangkat ke MMC Melaka jam 3.30pm. Semalam kilang kabut jugak dibuatnya. Sepatutnya IP gi beli tiket kat puduraya hari sabtu tapi tup2 hari ahad baru nak dapatkan tiket. Ingatkan senanglah dapat tiket coz bukan hari perayaanpun tapi sangkaan meleset. Tiket untuk petang tu habis dijual... Dah beberapa kali tawaf counter tiket tu, Mem kat rumah dah bising dia nak tiket jam 3.00 jugak sebab dia takut sampai sana malam. Last2 dapat jugak tiket jam 3.30pm bas express kl-melaka melelui jalan Alor gajah. Syarikat bas yang dah habis tiket ialah...Transnational, Jebat, Mayang Sari, Mara, dan banyak lagi nama bas express yang pelik2.

Bertolak dari rumah jam 2.30pm, ingatkan within 1 hour bolihlah sampai kat puduraya tu. Sekali sampai je kat jalan Hang Jebat dekat pudu jail tu, jamm giler... Sekejap2 tengok jam, sampailah lagi tinggal 15 minit baru sampai kat tepi puduraya so apa lagi drop Mem kat tepi jalan suruh dia tahan bas dulu sebab kawan dia pun belum sampai. IP terus naik keatas puduraya cari parking. Memang mengejar masa betul, bila sampai dibawah platform bas dah menunggu nak bertolak. Kawan tu sampai on the dot and she was the last person to arrived....
So start semalam dah kena tinggal dan Mem akan pulang hari Jumaat malam well....apa lagi sendirian ler... :-)(

Thursday, August 09, 2007

Saja2 aje....


KESEDIHAN KU
ADAKALA AKU LUAHKAN PADA MU
ADAKALA AKU BIARKANNYA SENDIRIAN
ADAKALA AKU BIARKANNYA BERLALU
ADAKALA AKU BIARKAN MEMBISU
ADAKALA AKU MENANGIS PILU
ADAKALA AKU MENYEPI SEPI
ADAKALA AKU JADI BENGGUNG
TAPI AKU TETAP AKU…..

Wednesday, August 01, 2007

Belajar memasak...



Hari sabtu lepas S61 kerana dah boring makan lauk kat kedai and disebabkan mem kerja so S61 decide nak masak....masak? Nak masak apa? So cari ler buku resepi and selak dari satu muka kesatu muka yang lain last2 jumpa resepi gulai kari ayam dan sambal udang. Gi kedai beli apa2 yang patut... First thing kena buang kulit bawang..mak aii meleleh mata gua... Lepas tu guna blender nak kasi blend jadi hancur tapi tak hancur sangat, sebab apa tak tahu lepas tu guna plak lesung batu nak bagi lumat skit. Oh ya yang jadi pembantu chef ialah Syira. Dia tolong bab cuci2 dan kemas2..Ok dipendekkan crita selepas semua dimasak mengikut apa yang tercatit didalam resepi tadi mak terhasillah dua jenis masakan yang buat pertama kalinya S61 buat. Nak tahu lintang pukang jugak ler kat dapur tu nasib baik syira ada...

Bila tiba nak makan, ada yang dah tegur...." wah sedap bau ni ayah masak ke? " kata Afiq. S61 kata "bau je sedap tapi rasa tak tahu lagi", S61 rasa ada yang terkurang ni, nampak macam tak jadik jer. So yang makan bersama tghari tu adalah 3+1 (anak+ayah) , well nampaknya budak2 makan bertambah so rumusannya masakan 2 resepi tu menjadi cuma ada pekat skit kuah gulai tu tapi takpa nanti lain kali kita bolih adjust.....EEkkk alhamdulillah kenyung jugak..:-))

Thursday, July 26, 2007

Semalam jemm giler....


Semalam dalam sejarah jem memang jem giler... Petang tu ada kerja kat PAN exch, ada audit dari consultant nak buat ujian broadband QOS. Petang tu hujan lebat jam 6 baru setel. Keluar jer dari exch masuk ke jalan MMR2 terus sangkut jemm, sampai opis jam 7. Di exch MRI pulak lift rosak and terpaksalah menapak naik ke tingkat 3. Tercugap2 jugaklah, nasib baik tak koleps maklumlah kita ni bukan nya sihat pun... So decided lepas magrib baru balik.

Ingatkan balik lewat tak jemmlah tapi sampai kat jalan keluar MMR2 jemm giler giler..... tersangkut lagi 1/2 jam tak bergerak, kalu berlumba dgn kura2 pasti kura2 menang punya. Alternatif lain terpaksa ikut jalan jauh, masuk kejalan kpg pandan, tmn cempaka, tmn dagang, pekan ampang then masuk ke lebuhraya PROLINTAS dari ampang ke jalan tun razak. Lebuhraya clear tapi bila jalan keluar ke jln TR terus jemm giler sebab 3 jalan dari 3 penjuru jadi satu...botol neck jemm. Aduh rasa nak pensan dah waktu tu tapi bertawakal, memang rasa macam nak berhenti kat situ lepas tu jalan kaki jer...Lepas jer botol neck tu jalan pun clear then decided tu berhenti kat kg baru, cari kedai minum dan lepak kat situ

Sampai dirumah flat giler lepas mandi dan solat terus jump ke katil, nasib baik katil tak roboh...mem pun tak kacau macam dah tahu2 kita letig sangat kalu tak mahu jadi amuk tuk nading...syira pun dah tidur waktu sampai rumah tadi so aman ler sikit dapat tidurrZzZzZzZz....

Tuesday, July 24, 2007

Lost of words...


Lately semacam mati kutu @ mati idea nak update blog... entah kenapa??? rasa takda mood..!
Tapi itulah orang kata kalau kita fikir takda mood maka mood tu takdalah so kita kena fikirkan yang indah2 dan fikirkan yang baik2 semoga setiap masa kita berada dalam mood yang baik. tapikan kita ni manusia yang serba kekurangan dan kadang kala kita tak bolih nak berlakun, konon2 kita ni tiada masalah, no problem & semuanya orait belaka.... so itulah yang berlaku dengan kita yang menjadikan blog scorpion sunyi dan sepi....

Hari minggu lepas tak kemana, biasa2 saja duduk2 relex2 nonton tv. Hari ahad syira ada lawatan sambil belajar ke Negeri Melaka Bersejarah. Malam ahad tu awal2 lagi dah pesan suruh kejutkan dia besuk jam 6, kena ada kat sekolah jam 7 dan dijangka bertolak jam 7.30 tapi biasalah janji melayu jam 8.30 baru bertolak...saja dia suruh budak2 datang awal kesekolah sebab ada taklimat pagi tu.

Syira adalah bawak duit lebih skit katanya dia nak beli ole2 untuk parents bila kat sana nanti. Sebenaknya kita sebagai parents memang rasa berat nak bagi dia pergi outing jauh2 camtu tapi dia nak pergi jugak, kawan2 dia semua pergi katanya so tawakallah semoga semuanya selamat.

Alhamdulillah lepas magrib syira dan rombongan sekolahnya selamat pulang dan dia nampak excited sekali. Dalam sibuk2 membawa beg dan barang2nya sempat dia berkata " syira tak beli apa2 utk ayah, tak tahu apa nak beli tapi mama punya adalah...takpakan ayah..." so kita jawab takpa asalkan syira enjoy dan selamat pulang... Itulah anak kesayanagan gua....

Hari ni senin, ingatkan nak puasa tapi terlewat bangun tapi mem puasa dia sempat makan roti jer...tapi bagi gua mana tahan makan roti jerrrrr. Suasana kat opis tak semeriah dulu sebab ramai staff sudah berpindah ketempat baru senjak resuffle dan pembentukan 5 zone KL baru.

Gua masih disini dtempat dan posisi yang sama cuma kena tambah boundry sebelum ini jaga team Dslam tapi kini kena jaga team Fiber skali. So kerja dah bertambah 2x ganda tapi takpa sebab kawasan jajahan telah dikuarangkan dari 6 ke 3 exchange. Well buat jer apa2 yang termampu dan ikut saja arahan yang telah beri kepada kita, insyaallah semuanya beressss.

Hari ni slasa, puasa hari ni....bangun awal 4.30 bersahur, makan sotong goreng tepung dan sambal ikan bilis wau! best! Pagi ni kat opis cam semalam jugak..tak ceria mendung aje. Jam 9.30 gi JRC ada demo peralatan ujian clocking. Jam 11.00 spt biasa ada renoir meeting every tuesday kat MRI. Meeting habis lewat jam 2.00 baru selesai and BOSS nak ambil hati staff katanya " takpa habis lewat nanti saya belanja makan " alamak melepas kita sebab kita puasa...dugaan...dugaan. Dalam duk buat kerja2 filing tiba2 terima sms yang berbunyi " bila nak bangun ni..." so ini dah bangun dah ni nak lepaskan geram sayang pada sidia yang antar sms tadik......:-)(

Wednesday, July 18, 2007

Tidur-tidur ayam


Semalam balik cepat skit sebab nak singgah kedai Joe Tomyam, order untuk berbuka puasa malam ni dan malam ni jugak ada kelas di MW. Sewaktu bertolak dari opis boss panggil dia bagi tau ada dslam down so i kata takpalah nanti i check pada hal on d way balik rumah. Sampai kat rumah buat2lah apa2 yang patut sehingga terlupa nak call noc. On d way ke MW dalam otak duk fikir pasal doket tadik. Katakanlah kita kena pergi attend doket itu, tak jadik hal punya tapi bayangkan pergi exchange dgn memakai kain pelikat......pelikkan tapi ini pernah berlaku pada kita suatu ketika dulu. Klau nak balik rumah rasa ia memakan masa dan every 4 hour kena buat repot pada manager so terus ajalah dari MW.


Habis kelas jam 10.30pm dan terus call noc utk bertanyakan khabar doket. What a relesss dai bagitau semua nya okey. Bila sampai d rumah tak bolih nak tidur smpailah agak2 jam 1.00 baru landing... tetetiba h.phone berdering ingatkan alarm yg telah disetkan utk bunyi jam 4.30 tapi rupa2 nya panggilan dari NOC. Aduh dgn suara yg garau tu kita menjawab call tadi dan dia kata banyak rdslam yang down sebelah cheras iaitu BAK.BRK&MDH. Tiga exchange sekali so the next thing ialah cari orang stanby tapi semua tak jawab kecuali seorang ni, Rashe namanya. Dia pun tengah sedap tidur, dia kata dia bukan standby hari itu so last2 call NOC and kautim dgn dia.... kata "pagi ni jam 8.30 baru bolih attend" so settel bab itu.


Hari ini ada kerja kat ibusawat Bintang, acceptance test dari vendor. Kat Bintangpun ada dua dslam down tapi ada masalah kat ATM so kita tak perlu nak buat apa2 cuma monitor saja cct dan call noc for ststus terkini. Bila waktu balik cuaca petang tu sangat panas, aircon keretapun tak terasa. Jalan jem kat traffik light...lama betul....dalam pada menunggu trafik laigt bertukar hijau kita bolih terlena sehingga ada kereta dibelakang HONK kita, tersentap dari lamunan dan tetetiba kepala pening sehinggalah sampai ke opis dan terus kebilik air cuci muka dan basahkan kepala then baru rasa lega skit.


So kesimpulannya memang tak cukup tidur.....tidur2 ayam namanya...:-)(

Monday, July 16, 2007

Hari ni puasa tapi....


Hari ni terbuka hati untuk puasa bersama mem sempena bulan rejab. Jam 4.30am dah bangun untuk bersahur, lauk malam tadi ada lagi so cuma buat air panas jer. Ingatkan nak buat teh susu tapi susunya elek takda dah habis, yang disangkakn tin susu rupa2 tin tomato puree so teh-o pun teh-o lah...

Pagi ni kilang kelibut skit sebab lepas sahur terlelap and terlajak so lewat skit bangun. Selalu jam 7.00am dah keluar rumah, tadi 7.10 baru keluar Syafiq dah bising every morning kena hantar dia dulu sebab jalan ke sekolah dia sehaluan.

Today, every monday ada morning talk. Exec akan buat briefing tentang isu2 semasa dan sebelum tu semua staff kena nyanyi lagu kristal. Tujuan dinyanyikan lagu ini adalah untuk meniup semangat kerja dan setiakawan diantara staff tapi ada orang kata alangkah eloknya dimulakan dengan doa selamat atau apa2 doa sebelum kita memulakan kerja supaya kita mendapat berkat dan hidayah pada setiap waktu kita berkerja.

Selesai jer morning adalah seorang insan ini yang baik hati dengan membawa dua ikat buah rambutan dan dijamukan kepada semua staff. Bila semua staff mengambil seorang sedikit dan akhirnya tinggallah ada beberapa biji lagi diatas meja. Memang yang ditinggalkan adalah untuk kami dua orang lagi tanpa banyak soal saya pun makan sebiji dan bila nak telan sebiji lagi baru teringat bahawasanya saya sedang perpuasa dan maka diluahkan apa yang ada kat ruang mulut tu....puit puit diluahkannya....,yang sebiji kat dalam perut kira selamatlah dan ada seorang kawan ni dia perasan so dia kata.... takpa tak sengaja puasa kena diteruskan jugak..:-))

Tghari tadi terasa senak perut, insyaallah semoga tidak berlarutan hingga ke petang kerana kita ada sejarah pernah kena diserang gastrik dibulan puasa yang lalu.

Thursday, July 12, 2007

2day very boring....




Hari ni rasa masa berjalan begitu slow sekali. Hari ini buat kerja dalam bilik jer mengadap pc and update file coz ada audit next week. Mata tak brape nak nampak and kadang2 rasa pening sebab mengadap pc terlampau lama sangat kot. Semalam macam biasa balik rumah buat kerja2 rumah and entah semalam kat rumahpun boring jugak so memang boring boring boring........ Disaat ini pun rasa macam lost ajer... petang ni sharp jam 5.30pm nak belah balik awal and hari ni ada kelas mengaji and rasa nak ponteng sebab takda mood....!

Wednesday, July 11, 2007

Kek & Jam Tangan...





Atlast dapat jugak jam tangan, selalu kalau nak tengok waktu kena bukak handphone so semalam adalah perasmian pemakaian jam tangan secara rasminya. Nak tahu apa jadik...
Kerana terbiasa tengok waktu melalui hphone so secara spontan duk tengok lagi waktu guna hphone, walhal jam ada kat ....senyum sendiri lah apa lagi :-))

Semalam balik lewat skit sebab? ada sebablah....rahsia..! Bila balik rumah hati sudah panas tengok keadaan rumah. Disuruhnya Afiq pagi tadi sidai kain tapi bila balik kain masih dlm
washing machine, tak bolih nak harap betul budak sorang ni... so petang tu basuh lagi kain satu bakul lagi. Memang penat kalu balik semuanya kita nak kena buat lebih2 lagi sparing partner
kita balik lewat sokmo, kalu mood baik oklah tapi kalu mood ko memang rasa nak lagi atas
bukit depan rumah tu... Mem dan my daughter balik sekali dengan membawa kek, untuk
ayah katanya tapi kita tak brape nak setuju dgn pembelian kek itu sebab kek tu mahal and kita tak brape nak suka makan kek tu "kek choc moise". Kerana tidak mahu mengecilkan hati sesiapa kita makanlah jugak seslice... kalu makan lebih gerenti naik 10 kilo lagi hahaha...

Dalam diam selalu jugak kita terfikir tentang kehidupan kawan2 kita. Bagaimana life dia orang?
Selalukah happy, tiada masalah, duit banyak, hidup senang, punya suami dan isteri yang baik dan sempurna bla bla bla.....???? Kadang2 terfikirkan kawan2 yang pernah kita share masalah
bersama-sama tapi ianya hanyalah sekadar pelepas luahan perasaan yang bersifat sementara,
dia datang dan dia pergi mengikut masa, masa yang tidak dirancang. walau apapun kita kena
redha perjalanan hidup ini dan bertawalkal setiap apa yang terjadi adalah kehendak NYA tapi kita jgn berhenti berdoa dan berdoa supaya kita dapat apa yang kita impikan untuk hari ini, besok dan selama-lamanya...insyaallah amin.






Monday, July 09, 2007

Happi Besday 2 me...


2DAY IS MY ULANGTAHUN KELAHIRAN SO I WISH MYSELF A HAPPI BESDAY 2 ME SEMOGA DIPNJNGKN UMUR & D BERI KESIHATAN YG BAIK & D MURAHKN REGEKI & D BERI ILMU YG DMNAFAATKN DUNIA & AKHIRAT.....INSYAALLAH...AMIN.

Yeh...dpt masuk balik....


At last dapat jugak masuk rumah ku ini. Sebelum ni sudah jenuh cari kuncinya yang entah dimana letaknya. Semuanya bermula bila kita kena tukar kunci baru melalui google akaun dan bila dah tukar lupa lak nak ingat so tadi cuba2 try, kata orang last call and then wallah!! dapat masuk balik...syukur alhamdullilah tak payah nak create blog yang baru.

Dah lama dah berjanji dengan PB, kalau tak bolih masuk ingatkan nak buat yang baru tapi masa tak mengizinkan # lagipun kepala masih tak brape nak betul lagi asyik ada.. jerr problem. Kadang2 rasa macam lost macam crite kat TV tu.."LOST" tak bolih nak cari jalan keluar...

Ok dulu buat masa ini kerana terlampau xcited and ada kerja yang perlu dibereskan dulu nanti kalau ada time dan masa kita jumpa lagi dilain episod. Bye c u...!

Sunday, April 08, 2007

Kena cium lagi....


Hai... malang lagi kereta KJ. Hari jumaat lepas after opis gi sogo jemput mem, gi shopping lagi dia... Balik je lepas shopping and gi dapatkan kereta di parking lot KJ terkejut melihat kereta kemek di bumper sebelah kanan. Aduh ni sah orang yang keluar parking tergesel dan terus chau... KJ sudah lebih 20 tahun bawa kereta tak pernah tergesel kereta orang waktu keluar atau masuk ke parking lot walaupun sempit. Kenapa lah mereka tidak berhati2 dan cermat bila memandu. KJ menjumpah dan membebel di dalam kereta sehingga mem terasa macam kita marahkan dia, rasa2 cam marahkan dia pun ada jugak sebab kita kena jemput dia....:=))

Friday, April 06, 2007

Shopping....


Crite bab shopping ni memang tak brapa nak suka. Tapi semalam mem ajak gi shopping diJJ Wangsa Maju, hari untuk members JJcard only. Hari nak prabeh duit so brangkat ler kita tiga branak jam 9 pagi. Sampai je disana.....opp tak bolih masuk kata gaurd disitu sudah penuh katanya. Kj dah expect keadaan ini tapi mem yang lambat so terpaksa cari parking kat luar. Drop mem dan anak dulu so tawaflah bngn JJ tu satu kali then baru dapat parking. Mak datuk ramainya orang.... ini lah satu situasi yang KJ tak suka kalu bershopping crowded dan lemas, berlaga2 bahu dan bontot...Bila dah dapat barang ada satu lagi masalah.....kena bratur mak ia punya nya panjang barisannya pada hal barang kita tak banyak mana. Yang tak syoknya kita baru habis RM100 tapi mem dan anak sulong kita sudah brabeh >RM1000.... so that is why i don't like shopping lebih2 lagi waktu sale yang gila2 ni......

Thursday, March 22, 2007

Poem jiwang2





Thursday, March 01, 2007

Patah Kaki....


Dah 4 hari menumpang kereta isteri tapi yang tak bestnya kita jadik supernye.... Kereta dah hantar masuk workshop so sekarang gua patah kaki. Pagi jam 6.45 dah keluar rumah masuk jer jalan kucing dah jem giler sampai ke PWTC. Minggu ni dia ada kursus di Menara TM so antar dia dulu then ke opis, memang uncomfortable betul sebabnya sampai opis dah penat and nak buat kerje pun dah malas walau bagaimanapun kerja harus diteruskan... takkan nak makan gaji buta! nanti tak berkat betui tak PB?

Wednesday, February 21, 2007

Malang Lagi.....


Entah knape nasibku malang lagi, pada cuti lepas KJ sekeluarga pergi ke JB rumah abang ipar kerana ada kenduri arwah. On the way balik kami singgah di Air Hitam kerana permintaan si isteri untuk membeli pasu bunga di situ. Lepas satu kedai dan stu kedai kami singgah sehingga di penhujung jalan dan KJ decide nak patah balik so bila melihat ke belakang tiada kenderaan yang ada KJ pun belok kekanan jalan tiba2 berdentum sebuah motosikal telah melanggar belakang sebelah kanan kereta. Bergegar seluruh body kereta KJ akibat impact itu dan motosikal berkecai di tengah jalan, habislah KJ kali ini tentu parah orangnya tetapi alhamdulillah pemandu motor tu cedera di kaki shaja.

Luckily pemandu ni memakai glove. baju dan seluar jeans dan helmet yang mahal kalau tidak tentu kecederaan akan lebih serious. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 4.00pm. Berlaku kekecuhan sedikit tetapi semuanya terkawal apabila polis tiba dan kami membuat report di balai.

Lewat petang semuanya selesai dan kami meneruskan perjalanan dengan memasang lampu signal kecemasan kerana mudguard dan absorber terkena tayar bila berjalan. KJ mengunakan laluan kecemasan sepanjang perjalanan dan kami selamat sampai di rumah lebih kurang jam 12 malam. Besoknya memang flat tak bolih nak bangun, rasa lemah segala anggota sebab terlalu tense-up sepanjang perjalanan. Hari rabu tambah lagi cuti urgent nak uruskan hal insuran pulak dan ke workshop kereta kerana nak estimate brape damage cost untuk kerja2 repair.
Hari khamis baru kerja balik tapi masih terbayang lagi kejadian hari itu. Itu baru accident dengan motor kalau dengan kereta tentu impact dan kesannya lebih teruk...oklah nak relex2kan minda dan cuba fikir2kan yang baik2 mudah2an segalanya berjalan dengan lancar untuk hari ini dan hari2 yang akan datang insyaallah.....

Wednesday, February 14, 2007

My 1st entry 2007...


Atlast after days, weeks and months finally i manage to update my blog. I've been trying for many times to update my blog but i ended up deleting it before i could post it to the web. What i hope was a happy new year but what happen lately had shatters all my life and happiness.

But for the past week i try to build up my strenght and see the bright side of me and my future. Alhamdullillah i'm getting better and better each day but there are still things that bothers my mind and i just coundn't figure it out and why...???

If you fall today make sure you don't fall for the next time and if you fall again then you should look where you are heading to and be sure you way and your step so that you wouldn't fall again and be more carefull in you life, insyaallah....